Joe Penat! Enggan Bersama Wings

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 6:00 AM

Joe enggan lagi bersama kumpulan Wings.

(Ubah saiz teks)

GITARIS terkenal Joe tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sudah meninggalkan kumpulan Wings dan menganggap spekulasi dibuat mengenai kedudukannya bersifat subjektif. 

Enggan menjelaskan situasi sebenar, Joe bagaimanapun berkata dia juga tidak berhasrat untuk kembali bersatu dengan Wings kerana merasakan sudah tiba masanya dia memberi fokus kepada perkara lain termasuk kumpulan baharunya, Prime Domestic. 

"Saya tak pernah cakap kepada sesiapa termasuk anda (media) yang saya sudah keluar atau disingkirkan daripada Wings. 

"Rasanya itu anggapan dan spekulasi orang lain yang pada saya bersifat subjektif. 

"Tetapi tidak juga saya akan kembali bersama mereka, cukuplah. Saya dah penat dan fokus sekarang kepada Prime Domestic," katanya. 

Joe ditemui pada sidang media Oasis Community Carnival Celebrating The F.A.C.E. of Urban Culture yang diadakan di Ara Damansara di sini, Rabu.

Joe, kini bersama kumpulan Prime Domestic. 

Joe atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 48, diminta mengulas mengenai tanda tanya berhubung kedudukannya dalam Wings ekoran dia didakwa disingkirkan kononnya menjadi punca kumpulan tersebut terpaksa membatalkan konsert mereka di Kota Kinabalu, Sabah. 

Konsert itu sepatutnya berlangsung pada 24 Disember 2016. 

Dalam pada itu, Joe berkata, dia tidak kisah terpaksa bermula dari bawah walaupun sudah membina nama kukuh bersama Wings sejak 31 tahun lalu. 

Sebaliknya kata Joe, dia bertuah kerana bawah Prime Domestic dia berpeluang bekerjasama dengan pemuzik yang hebat dan berpengalaman luas. 

"Kami mungkin baru tetapi semua anggota Prime Domestic semua 'otai' dalam bidang masing-masing. 

"Tak kisahlah terpaksa bermula dari bawah kerana proses belajar itu bukannya ada had tertentu," ujarnya. 

Selain Joe, Prime Domestic turut dianggotai oleh bekas gitaris Search, Hillary Ang, Gee (Bes), Aweera (Vokalis) dan Ainoll (dram).

Prime Domestic ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Joe yang pada asalnya hanyalah sebuah 'projek band' berkongsepkan 'supergroup'.

Aweera (tiga dari kiri) merupakan penyanyi Prime Doimestic. 

Mengulas mengenai pemilihan Aweera, Joe berkata, usia Aweera yang masih muda dan mempunyai bakat luar biasa membuatkan dia melamarnya sebagai vokalis. 

"Saya ambil dia sebab dia masih muda tambahan pula dia berbakat besar dan boleh digilap lagi potensinya. 

"Alhamdulillah setakat ini Prime Domestic berada di landasan yang betul dan berharap ia akan lebih menyerlah selepas ini," katanya. 

Prime Domestic bakal tampil dengan album sulung mereka yang berjudul Prima Domestika yang dijangka dilancarkan pada September depan. 

Dalam perkembangan lain, Prime Domestic akan mengadakan konsert pada Oasis Community Carnival Celebrating The F.A.C.E. of Urban Culture yang meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi pelbagai acara termasuk kebudayaan, seni, makanan dan hiburan. 

Acara itu bakal berlangsung di Oasis Village dan Oasis Square, Ara Damansara pada 1 hingga 3 September ini.

Tags / Kata Kunci: Joe , Wings

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan