Mahu Macam Fattah Amin

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 5:35 AM

Reezqi tonton drama lakonan Fattah Amin setiap hati.

(Ubah saiz teks)

FENOMENA Fattah Amin bukan sahaja menular dalam kalangan remaja, malah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mohammad Reezqi Rayqal menjadi salah seorang peminat tegar aktor itu.

Mohammad Reezqi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sanggup merayu ibu bapanya untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu aktor kegemarannya.

Ibunya, Wan Hanim Wan Muhammad, 38, berkata, anaknya mula meminati Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.

Reezqi sanggup datang dari Kota Bharu untuk bertemu aktor kesayangannya.

"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.

"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca," ujarnya kepada mStar Online.

Foto kanak-kanak ini mendapat perhatian netizen apabila sering mengikut gaya pelakon kesayangannya setiap kali keluar rumah.

Aksi kanak-kanak ini mendapat perhatian netizen.

Malah, kata Wan Hanim, setiap kali berada di luar dia akan memanggil lelaki yang dirasakan kacak sebagai Fattah Amin.

"Kalau berjalan di luar, mana-mana lelaki putih dan kacak dia panggil Fattah, kadang-kadang kami yang terkejut.

"Nama dia pula diminta panggil Tengku Ean macam dalam drama Hero Seorang Cinderella," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan