Eina Azman Berhati Mulia

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 3:34 PM

Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden bercuti di Paris. Foto Instagram @eina_azman

(Ubah saiz teks)

TERSENTUH hati menonton video yang dimuat naik oleh pelakon Datin Eina Azman yang bersungguh-sungguh membantu golongan gelandangan ketika bercuti bersama keluarga di Paris.

Mana tidaknya, dalam sibuk bercuti, Eina dan suami, Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden sempat meluangkan masa untuk membantu golongan tidak bernasib baik itu yang dipercayai pelarian Syria dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.

Eina menerusi perkongsian di Instagram berkata, dia sendiri sebagai seorang ibu cukup terusik apabila melihat kanak-kanak dan wanita duduk di kaki lima dalam keadaan sejuk dan lapar.

"Kegembiraan bercuti bersama keluarga menjadi sedih juga kerana melihat anak-anak kecil tidur di tepi jalan dalam keadaan lapar bersama keluarga.

"Setiap hari saya akan lalu kawasan Lafayetter dan Champ Elysees, saya akan nampak mereka (gelandangan) yang kebanyakannya orang Syria.

Perkongsian Eina mengenai bantuan gelandangan di Paris mendapat perhatian pengikutnya.

"Bayangkan kalau kita di tempat mereka? Bayangkan kalau anak-anak kita yang tidur di tepi kaki lima dalam keadaan sejuk.

Menerusi video tersebut, Eina dan Kaiser membeli 50 bungkusan makanan daripada sebuah restoran sebelum mengedarkan kepada gelandangan yang terdapat di kawasan sekitar.

Terpancar keceriaan di wajah golongan itu apabila Eina dan suami mendekati mereka untuk menyumbangkan makanan.

Tindakan mulia pasangan suami-isteri itu turut mendapat pujian daripada pengikut Instagram Eina yang menyifatkan mereka berhati mulia dalam membantu golongan tidak bernasib baik.

Eina bersama suami dan anak kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Sementara itu, Eina berkata, gelandangan yang ditemui juga tidak bersikap meminta-minta wang tetapi mahukan makanan kerana lapar.

Jelas Eina, menerusi kejadian itu juga membuatkan dia berasa insaf dan bersyukur dengan apa yang dimiliki kerana masih ada ramai orang yang tidak bernasib baik.

"Mereka tidak minta wang tetapi cuma hendak makan. Ya Allah... Saya muat naik kisah ini sebab saya rasa sangat-sangat sebab saya pun ada anak kecil.

"Kalau kita tidak boleh beri wang, kita boleh tolong dari segi macam mana yang kita mampu, yang penting ikhlas!

"Ya Allah kalau kita rasa diri kita susah, ramai lagi yang hidup susah, bersyukurlah apa yang kita ada, jangan pernah ada rasa tidak bersyukur!," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Eina Azman , Syria

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan