Daler Yusuf Ada Ke Permit Kerja?

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 5:35 AM

Daler mengakui bukan mudah untuk mendapatkan visa bekerja memandangkan ramai pekerja asing memohon.

(Ubah saiz teks)

SEJAK kontroversi pelakon dari Singapura Aliff Aziz menjadi perhatian, pelbagai isu mula dibangkitkan termasuklah permit pekerjaan bagi selebriti yang bukan dari Malaysia dipersoalkan. 

Selain Aliff, pelakon baru iaitu Daler Yusuf juga antara selebriti luar negara mula menjadi perhatian.

Namun, pemilik nama Daler Yusuf Muhammad, 26, berkata dia sudah pun mendaftar permit bekerja dan juga mempunyai kad ahli persatuan Seniman Malaysia sebelum dia mula berlakon lagi. 

"Saya sudah mempunyai visa atau permit bekerja sejak awal tahun lalu sebelum saya berlakon lagi. Sebaik sahaja visa belajar saya tamat dan terus mohon untuk kerja pula. 

"Malah, pada masa yang sama saya juga telah mendaftar kad keahlian persatuan Seniman. Jadi, tidak ada timbul masalah yang berkaitan dengan permit," kata Daler ketika dihubungi mStar Online, Selasa. 

Daler (kanan) dan Sherzod semakin dikenali di dalam industri tanah air. 

Dalam pada itu, jejaka yang berasal dari Uzbekistan ini memberitahu adiknya iaitu Sherzod Yusuf, 24, juga mempunyai visa untuk menetap di sini. 

"Adik saya masih belajar dan dia hanya ambil visa sebagai pelajar sahaja. Tapi dalam visa tersebut disediakan masa untuk dia bekerja.

"Cuma diberikan masa 20 jam dalam seminggu untuk bekerja separuh masa. Sebab itu, dia hanya ambil tawaran menjadi model," ujarnya. 

Bercerita mengenai karier lakonan pula, Daler mengakui drama Encik Suami Mat Salleh Celup telah membantu menaikkan namanya dalam industri seni. 

Sejak lakonannya mendapat perhatian, dia banyak menerima tawaran berlakon dan tidak mahu melepaskan sebarang peluang yang datang. 

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan penerimaan penonton dengan drama kedua saya yang baru sahaja tamat pada Jumaat lalu. 

"Sejak itu, ada banyak tawaran berlakon yang saya dapat dan boleh katakan saya tidak mahu melepaskan peluang yang ada ini mengikut kesesuaian jadual," kata Daler. 

Daler kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama untuk slot Akasia bertajuk Titian Cinta bersama pelakon Zul Ariffin.

Tags / Kata Kunci: Daler Yusuf

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan