Bukan Nak Jadi GRO - Atikah Suhaime

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 5:30 AM

Atikah memegang watak sebagai Ameera yang merupakan gadis pelayan di sebuah pusat karaoke.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Atikah Suhaime mengakui pernah ke pusat hiburan yang menyediakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) untuk menyelami dunia wanita-wanita tersebut. 

Wanita berusia 26 tahun ini berkata, tujuan dia ke lokasi tersebut bukan untuk bersuka-ria atau mencuba jadi seperti itu. 

Namun, ia sekadar mahu menjiwai watak sebagai Ameera menerusi filem lakonan terbaharunya, Pencuri Hati Mr. Cinderella. 

"Memang saya ada ke pusat hiburan yang menyediakan layanan GRO. Tapi bukan pergi suka-suka atau nak berseronok seperti yang disangkakan. 

"Tujuan saya ke sana hanya untuk menyelami dunia mereka dan bagaimana mereka membawa diri dengan pekerjaan tersebut. 

"Apabila saya dapat lihat dan rasai sendiri, barulah boleh menjiwai watak Ameera yang merupakan seorang GRO dalam filem terbaru saya," kata Atikah kepada mStar Online. 

“Duit Simpanan Dah Nak Habis” – Atikah Suhaime

Antara babak mesra Atikah sebagai Ameera yang terpaksa melayan pelanggannya iaitu Salman lakonan Ahmad Idham.

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Singapura ini memberitahu tidak semua wanita yang memilih pekerjaan tersebut disebabkan mempunyai sejarah hitam. 

Namun, kebanyakan daripada mereka ini sememangnya memilih jalan kehidupan seperti itu disebabkan faktor kewangan. 

"Bukan semua wanita yang bekerja sebagai GRO ini disebabkan pernah melalui sejarah hitam atau mempunyai latar belakang keluarga yang tidak baik. 

"Tapi bila saya kenali mereka ini, ada yang memang pilih jalan pekerjaan ini disebabkan dapat perolehi duit yang banyak. 

"Mereka bukan buat perkara yang melebihi seperti tidur bersama atau mengadakan hubungan intim tapi hanya melayan karenah pelanggan dan menerima duit atas layanan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Atikah memberitahu sejak membuat kenyataan tidak ada tawaran berlakon dan kini bekerja di Singapura, dia banyak menerima panggilan untuk kembali berlakon. 

"Secara tiba-tiba ramai pula yang menghubungi untuk menawarkan saya berlakon semula selepas saya sudah bekerja di Singapura. 

"Namun, saya masih memikirkan semula kerana tidak mahu membuat keputusan terburu-buru," katanya.

Tags / Kata Kunci: Atikah Suhaime

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan