Seminggu Sebelum Dan Selepas! Itu Syarat Amar Baharin

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 6:15 AM

Amar akui masanya kini banyak di sisi isteri.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Amar Baharin terpaksa meletakkan syarat kepada mana-mana produksi yang ingin mengambilnya berlakon dalam satu tempoh yang ditetapkan.

Kata Amar, 32, seandainya syarat tersebut tidak dapat ditunaikan, dia terpaksa menolaknya demi kebaikan isteri dan bakal anaknya yang dijangka lahir pada hujung Oktober depan.

"Saya meletakkan syarat seandainya mahu saya terlibat dalam mana-mana produksi lakonan, mereka mestilah tidak mengganggu tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas isteri saya bersalin.

"Dalam tempoh itu, saya memang tidak mahu terlibat dengan mana-mana penggambaran kerana ingin memberi perhatian kepada isteri dan bakal anak yang baru lahir," katanya kepada mStar Online.

Foto terkini Amar dan isterinya Amyra yang kini sarat mengandung. 

Dalam pada itu Amar memberitahu masanya kini lebih kerap berdamping bersama isterinya Amyra Rosli yang sudah memasuki usia kandungan  bulan.

Malah kata Amar, setakat ini dia tidak pernah ketinggalan membawa isterinya membuat check up serta memantau segala ubat-ubatan Amyra.

"Debaran makin terasa apatah lagi keadaan Amyra sekarang kerap mengadu sakit belakang pada sebelah malam dan saya perlu mengurutnya," kata Amar.

Tambahnya, dalam tempoh isterinya berpantang nanti, mereka akan tinggal di rumah ibu Amyra bagi memudahkan urusan sepatutnya.

"Setidak-tidaknya saya tidaklah risau nak pergi bekerja selama tempoh dia berpantang kerana ibunya ada menjaga," katanya.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan