“Saya Buntu, Nak Keluar Ditahan Aliff” - Afifah Nasir

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 6:30 AM

Aliff dan Afifah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktres Nur Afifah Nasir menjelaskan dakwaan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah bahawa dia enggan keluar dari kelab karaoke tersebut kerana ditahan oleh Aliff.

Afifah, 24, berkata, ketika kejadian, dia mencari jalan untuk keluar berikutan tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu.

"Ketika kejadian dalam bilik karaoke itu memang Bella datang dan dia minta saya keluar. Saya memang ingin keluar kerana tidak mahu campur urusan mereka.

"Tapi Aliff halang saya keluar, ketika itu saya memang buntu dan terpaksa berdiam sahaja di situ. Namun saya menafikan ada menyentuh Bella atau merampas telefon bimbitnya dengan tujuan memadam gambar.

"Berlaku pergelutan antara Bella dan Aliff. Kalau betul saya padam macam mana video (pegang tangan Aliff) itu tersebar," ujarnya kepada mStar Online.

Afiffah mengulas tentang dakwaan Bella bahawa dia enggan keluar dari bilik karaoke sehingga tercetus keadaan yang tidak terkawal.

Dia ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co di Solaris Dutamas, di sini, pada Isnin.

Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu seperti Aliff Aziz dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sementara itu, Afifah berkata, kelab karaoke yang berhampiran dengan lokasi penggambaran drama itu merupakan lokasi kegemaran keluarga Aliff.

"Kalau saya nak sorok hubungan itu, kenapa kami ke karaoke tempat kegemaran dia dan keluarganya? Sudah tentu mencari nahas.

"Pasal pegang tangan itu, dia yang tarik tangan saya secara tiba-tiba. Lagi pula kami sepatutnya beramai-ramai bukan berdua sahaja, kawan saya dalam perjalanan ke sana juga," ujarnya.

Afifah berkata, pergi ke kelab karaoke itu merupakan idea Aliff yang mahu meraikan hari-hari terakhir mereka di lokasi penggambaran.

Cadangan itu juga sudah dipersetujui oleh semua kru produksi.

Aliff Aziz dan isterinya Bella mengadakan sidang media pada Isnin lalu.

Sementara itu, ditanya tentang tindakannya menghapuskan foto-foto jenama terkenal di Instagram peribadinya, Afifah berkata, ia mengelakkan kontroversi tersebut memberi kesan kepada pihak lain.

"Saya tidak ada komitmen dengan mana-mana jenama produk. Saya padam semua gambar dengan produk kerana tidak mahu mereka juga terkesan.

"Saya sudah beritahu mereka akan memuat naik semula jika keadaan sudah reda," ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, dia bersyukur kontroversi yang dihadapi ini tidak menjejaskan rezekinya dalam lakonan.

Dia masih menerima beberapa tawaran drama biarpun penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu masih belum tamat.

Tags / Kata Kunci: Afifah Nasir , Aliff Aziz , Bella Astillah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan