Pengurus Artis Nyaris Jadi Mangsa 'Skodeng' Dalam Jamban

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 12:56 PM

Mazrul (paling kanan) bersama seorang artis yang diurusnya, Nynaa Harizal (tengah).

(Ubah saiz teks)

"ADUHH... rasanya nak kat mana-mana pun dah tak selamat sekarang."

Itu antara yang dikongsi seorang pengurus artis apabila dia nyaris menjadi mangsa 'skodeng' kaum sejenis di tandas awam dalam sebuah pusat beli-belah di Serdang, Selangor, Jumaat lalu.

Mazrul Hisham, 44, berkongsi detik cemas tersebut ketika dia singgah ke tandas berkenaan sebelum bersiap untuk ke surau menunaikan solat asar.

"Saya ke mall tersebut dengan hajat nak pergi menonton wayang dan singgah sebentar ke tandas sebelum ke surau untuk menunaikan solat asar.

"Selesai solat, saya dengar berlaku kekecohan di tandas tersebut di mana seorang remaja lelaki telah ditangkap kerana disyaki merakam aksi pengguna tandas menggunakan telefon bimbit," ujarnya kepada mStar Online.

Hati-Hati Pengguna Tandas Lelaki!

Inilah remaja yang bertindak merakam aksi lelaki di tandas tersebut.

Kata Mazrul, mangsa yang menangkap remaja terbabit ialah salah seorang kakitangan pusat kecergasan Celebrity Fitness di situ.

"Menurut mangsa, dia ternampak seseorang sedang merakamnya di dalam tandas menggunakan telefon bimbit dari atas sebelum merentap telefon tersebut dan menahan individu berkenaan," katanya.

Risau dirinya turut menjadi mangsa rakaman, telefon tersebut diperiksa dan agak mengejutkan dia mempunyai lebih 30 koleksi video tidak senonoh pernah dirakam di dalam tandas lelaki.

"Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan dan saya bernasib baik kerana kelibat saya tiada dalam video tersebut.

"Difahamkan individu tersebut merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti berdekatan dan sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan," ujar pemilik Mazrul Hisham Production ini kesal.

Nynaa Harizal antara artis yang diuruskan oleh Mazrul Hisham Production.

Mazrul sebelum ini pernah bergelar pengurus kepada pelakon filem Legenda Budak Setan, Shiqin Kamal.

Kini, dia menguruskan lima pendatang baru termasuk pelakon cantik Nynaa Harizal yang bakal tampil menerusi filem Mak arahan pengarah baru Jeanny Amir.

Filem Mak bakal menemui penonton pada Febuari tahun depan di mana selain Nynaa Harizal, turut menjayakan filem terbitan MM2 Entertainment ini ialah Remy Ishak, Mawar Rashid dan Nadia Brian.

Tags / Kata Kunci: Mazrul Hisham

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan