Dipanggil Dayus, Ini Jawapan Kekasih Afifah

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 3:59 PM

Afifah dan kekasihnya Wan Ariff. FOTO: Instagram Afifah.

(Ubah saiz teks)

KEKASIH Afifah Nasir iaitu Wan Ariff menyangkal dakwaan netizen bahawa dia seorang lelaki dayus kerana masih mempertahankan tindakan aktres berkenaan dalam isu rumah tangga Aliff Aziz.

Wan Ariff, 24, berkata, dia sudah dimaklumkan oleh Afifah situasi sebenar yang berlaku sejak mula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

"Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya.

"Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan," ujarnya kepada mStar Online.

Ini Semua Produksi Punya Angkara - Afifah Nasir

Ariff ditemui ketika menemani Afifah pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas di sini, pada Isnin.

Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Sementara itu, Wan Ariff memohon agar masyarakat tidak terus mengecam teman wanitanya itu, sebaliknya memahai situasi yang terpaksa dilalui aktres tersebut.

"Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang.

"Dia memang buat saya tapi dia jadi mangsa keadaan," ujarnya.

Aliff Aziz dan Bella Astilah mengadakan sidang media pada Isnin minggu lalu.

Sementara itu, Wan Ariff berkata, dia akan terus menyokong kerjaya wanita berkenaan sebagai pelakon, namun meminta dia lebih berhati-hati di lokasi penggambaran.

"Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Ariff berkata, dia akan ke lokasi penggambaran bagi menemani kekasihnya itu menamatkan beberapa hari terakhir drama berkenaan.

"Drama tersebut berbaki tiga hari, esok Afifah akan ke lokasi bersama bodyguard bagi memastikan keselamatannya dan lusa mungkin saya juga turut menemaninya," ujar Ariff.

Tags / Kata Kunci: Wan Ariff , Aliff Aziz , Afifah Nasir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan