Anak Zulkifli M. Osman Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 6:05 AM

Falla Zully tampil dengan single pertamanya yang berjudul Aku Ada Kamu. Foto Ihsan AJ Music

(Ubah saiz teks)

SIAPA sangka darah seni yang mengalir dalam badan pengarah dan pelakon Datuk Zulkifli M. Osman menurun kepada anak keduanya iaitu Puteri Nur Farra.

Puteri atau dikenali sebagai Falla Zully tampil dengan single pertamanya iaitu Aku Ada Kamu untuk sebagai pengenalan bagi memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan tempatan.

Menggunakan khidmat komposer Reyza Hamizan dan lirik ditulis oleh Aiyad Sakti, Falla yakin single pertamanya itu dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.

"Ia mengangkat tema biasa iaitu percintaan namun ia bukan sahaja tentang kisah hubungan lelaki dan perempuan sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk kepada Tuhan," katanya.

Baru berusia 21 tahun, Falla memberitahu minatnya terhadap bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi dan memang berhasrat untuk bergelar penyanyi.

Single pertama Falla berjudul Aku Ada Kamu.

Malah dia juga mendapat sokongan daripada bapanya sendiri yang ingin melihat dia berjaya dalam bidang yang diceburi.

"Minat menyanyi memang sejak sekolah malah saya pernah memenangi pertandingan Clash of Music yang dianjurkan oleh Bentley Music dan penglibatan dalam bidang nyanyian juga dapat sokongan daripada keluarga," katanya.

Kata Falla, penglibatannya dalam bidang seni bukanlah baharu kerana dia terlebih dahulu berjinak-jinak sebagai pelakon iklan komersial sejak berusia 14 tahun lagi.

"Saya pernah muncul untuk iklan seperti Coca Cola, TNB, Fisherman’s Friends, DIGI, Mentos, dari sejak awal tahun 2010 lagi.

"Malah saya juga mendapat kepercayaan untuk menjadi duta beberapa jenama," katanya.

Aku Ada Kamu boleh dimuat turun di semua platform digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify dan lain-lain sejak 1 Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: Falla Zuly , Zulkifli M. Osman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan