Aliff Syukri Cari Sepasang Anak Angkat

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 6:00 PM

Ramai memuji hasrat Datuk Aliff Syukri mencari anak angkat tanpa mengira latar belakang.

(Ubah saiz teks)

JUTAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri mengumumkan hasrat untuk mencari sepasang anak angkat.

Aliff berkata, dia tidak kisah latar belakang bayi tersebut dan meminta orang ramai menghubunginya menerusi talian yang tertera bagi tujuan itu.

"Siapa yang nak berikan bayi kepada saya nak jaga... tak kisah anak itu dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke... jangan nak buang saya nak jaga.

"Sila whatsapp segera ke 012-3545766. Hantar gambar baby tau saya nak sepasang. Dan detail semua untuk anak angkat saya," tulis Aliff dalam Instagram miliknya.

Hebahan Datuk Aliff Syukri mencari sepasang anak angkat di laman Instagramnya mendapat perhatian netizan.

Antara komen yang diterima rata-ratanya memuji hasrat murni pengasas prosuk D'Herbs ini selain turut mendoakan dia sekeluarga terus dimurahkan rezeki.

Tak kurang ada yang secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi anak angkat Aliff.

Apa-apa pun semoga hasrat murni ini dipermudahkan.

Tags / Kata Kunci: Datuk Aliff Syukri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan