Keluar Dengan Bekas Isteri, Peminat Doakan Adam Shahz Rujuk

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 1:26 PM

Adam dan bekas isterinya Fatin Afeefa mengakui masih berkawan biarpun sudah bercerai.

(Ubah saiz teks)

BIARPUN mengambil keputusan berpisah pada 15 Mei lalu, pasangan selebriti Adam Shahz dan Fatin Afeefa tidak mahu perceraian tersebut menjadi permusuhan antara mereka.

Adam, 35, menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram mengakui masih keluar bersama bekas isterinya itu biarpun sudah membawa haluan masing-masing.

"Tak salah rasanya kalau saya keluar dengan bekas isteri. Yang berlaku biarlah berlaku. Tak perlu bermusuh. Kita semua hamba-Nya dilahirkan atas rasa cinta.

"Kenapa perlu letak benci kalau tidak lagi bersama," ujarnya.

Antara komen peminat yang mahu mereka kembali bersama.

Adam, 35, menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Adam menjelaskan perkara itu selepas sebuah foto dia sedang menikmati makan malam di sebuah gerai bersama bekas isterinya mendapat perhatian netizen.

Foto yang dimuat naik oleh pemilik gerai itu mendapat reaksi positif netizen yang berharap pasangan itu kembali hidup bersama.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 22, pada 21 Disember 2013.

Tags / Kata Kunci: Adam Shahz , Fatin Afeefa

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan