Sah! Yuna Tunang Adam Sinclair

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 5:03 PM

Ibu kepada Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin tunang ke jari Yuna.

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

SPEKULASI mengenai pertunangan Yuna dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mengenai perkara itu pada Sabtu.

Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara'ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

"Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

"Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya.

"Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair," katanya.

Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu.

Ibu Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin ke jari Yuna.

Bercakap mengenai perkenalan mereka, Yuna berkata dia mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.

Pada awalnya kata Yuna, hubungan mereka sekadar teman biasa namun semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

Sementara itu, Yuna turut menyifatkan ikatan pertunangan itu adalah sebagai langkah pertama mereka untuk hidup bersama dan bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati seperti Adam.

"Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa.

"Saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, Insya-Allah," katanya.

Yuna menyifatkan Adam adalah seorang lelaki yang penyayang dan baik hati.

Sejak pagi Sabtu kecoh di laman sosial kononnya penyanyi Yuna bakal melangsungkan pertunangan dengan Adam malah mereka juga turut memberi kiasan berhubung perkara itu di Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar mereka ketika kecil.

Adam menerusi akaun miliknya memuat naik gambarnya yang comot dengan menulis kapsyen 'Are you sure Yuna?' (Adakah anda pasti Yuna?).

Manakala Yuna pula berkongsi gambarnya duduk di atas pelamin seolah-olah memberi bayangan tentang majlis itu.

"We came a long way, didn't we? (Sudah sekian lama perjalanan kita berdua, tidakkah begitu?)," tulisnya.

Hasil pemerhatian mStar Online di ruang komen Instagram Yuna dan Adam juga mendapati ramai meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan kebahagian mereka.

Adam, 33, yang juga seorang pengarah pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012.

Dia juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

Tags / Kata Kunci: Yuna , Adam Sinclair

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan