Konsert Hebat Sheila Majid Di Usia 52 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 9:44 PM

Penampilan Sheila pada konsert solo pertamanya dalam skala besar selepas tempoh tujuh tahun. -foto NORAFIFI EHSAN/The Star

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

KUALA LUMPUR: Persembahan Datuk Sheila Majid dalam konsertnya di Stadium Negara di sini malam Sabtu berjaya mengimbas memori kejayaan acara serupa pada 26 tahun lalu.

Kali terakhir Sheila mengadakan konsertnya di Stadium Negara pada 1991 menerusi Konsert Legenda.

Persembahan mantap Sheila berjaya menghiburkan ribuan peminatnya.

Pada usia 52 tahun, Sheila dilihat masih hebat dan mampu mengekalkan momentumnya sebagai ratu jaz negara.

Konsert yang diberi nama 'Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017' berjaya menarik minat orang ramai apabila 4,000 tiket berharga dari RM98 hingga RM888 habis dijual.

Persembahan bermula kira-kira pukul 9 malam dengan mempersembahkan kira-kira 40 buah lagu termasuk medley antaranya Pengemis Muda, Embun, Di Dalam Emosi Ini, Fikirkan Dulu, Tua Sebelum Waktu, Gerimis dan Kepergiaanmu.

Lagu-lagu lain ialah Di Suatu Persimpangan, Persis, Panorama, Ratu, Wanita, Ku mohon, Jentayu, Sinaran, Gemilang dan Kerinduan.

Penyanyi legenda ini mengenakan empat persalinan yang direka oleh Michael Ong.

Antara selebriti yang turut hadir memberi sokongan ialah  Anuar Zain, Afgan, Afdlin Shauki, Datuk Seri Raja Shah Reza dan Rozita Che Wan.

Pada usia 52 tahun, Sheila berjaya memukau penonton dengan vokal yang mantap.

Dalam pada itu Sheila memberitahu masih ada segelintir masyarakat yang tidak tahu membezakan konsert dan persembahan di majlis atau acara hiburan. 

Katanya, salah satu tujuan dia mengadakan konsert pada malam Sabtu lalu untuk memberi kesedaran kepada umum apa itu sebuah konsert. 

"Masih ada lagi segelintir yang tidak tahu membezakan konsert dengan persembahan makan malam atau di majlis tertentu. 

"Apabila saya buat persembahan di majlis makan malam atau korporat, di acara hiburan, mereka mesti fikir ia sudah seperti konsert. 

"Tapi perkara itu salah. Apa yang saya buat ini, barulah dinamakan konsert!  Dibelakangi sebuah produksi muzik yang kuat bagi menjayakannya," ujarnya.


Dalam pada itu, Sheila juga akui bukan mudah untuknya memilih lagu yang sesuai bagi malam bersejarah itu. 

Tetapi hasilnya, begitu memuaskan apabila kira-kira 40 buah lagu dinyanyikan dengan vokal yang mantap. 

“Saya ada lapan album selama 22 tahun berkecimpung sebagai artis. Saya memberi pengarah muzik senarai lagu panjang yang boleh dikatakan sesuai untuk konsert selama tiga hari. 

“Tetapi akhirnya kami berhasil mencari jalan penyelesaian dan mengambil keputusan bahawa persembahan ini lebih untuk anda dan bukannya mengenai diri saya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Sheila Majid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan