“Penat Berdepan Pelakon Baru” - Haliza Misbun

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 7:20 AM

Haliza Misbun akan terus menegur seandainya merasakan ia baik untuk perkembangan industri seni lakonan tanah air.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Haliza Misbun kesal dengan kebanjiran pelakon baru ketika ini yang hanya bersandarkan pada nilai komersil namun tidak mempunyai ilmu lakonan yang cukup untuk menarik emosi penonton.

Atas rasa tanggungjawab itu jugalah, Haliza, 44, menyeru semua pelakon baharu tidak sekadar mengejar populariti atau berlumba-lumba menambah jumlah pengikut di laman sosial sebaliknya perlu menimba ilmu lakonan agar tidak menyusahkan banyak pihak.

"Ingin saya ingatkan di sini, saya merayu kepada semua pelakon baru tolonglah timba ilmu lakonan sebab saya sendiri dah penat nak berdepan dengan pelakon-pelakon yang tak bersedia di set.

"Jangan hanya bersandarkan kepada populariti dan jumlah pengikut yang ramai di media media sedangkan ilmu lakonan kosong," katanya kepada mStar Online.

Haliza Misbun

Dalam pada itu, Haliza turut menyeru kepada stesen-stesen televisyen agar memainkan peranan dan tidak hanya mementingkan nilai komersil semata-mata.

Malah kata Haliza atau mesra di sapa Liz ini lagi, suatu ketika dia pernah 'digam' oleh sebuah stesen televisyen untuk satu tempoh yang agak lama kerana bertindak menegur perkara itu.

Namun perkara tersebut tidak dilihatnya sebagai satu masalah dan akan terus bersuara asalkan teguran tersebut mampu memberi impak positif kepada industri lakonan tempatan.

"Satu perkara yang saya sering tekankan kepada pelakon baru selain perlu berilmu diri harus jujur dan betulkan niat untuk memberi sesuatu mesej kepada masyarakat dengan penghayatan yang mendalam.

"Ambil masa paling kurang tiga tahun (diploma) di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), kutip ilmu dan insyaAllah anda akan berjaya sebagai seorang pelakon di hormati suatu hari nanti," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Haliza Misbun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan