Beribu-Ribu Mesej Masuk - Eizlan Yusof

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 7:20 AM

Eizlan nafi sudah bertemu dengan keluarga bakal mertua.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datuk Eizlan Yusof menegaskan dakwaan mengatakan dia sudah bertemu dengan keluarga seorang gadis untuk memohon restu hubungan cinta mereka itu sebenarnya tidak benar.

Malah, menurut Eizlan, 46, dia sendiri tidak tahu siapa gerangan gadis berstatus pelajar Universiti di luar negara yang yang diperkatakan itu. 

"Saya terkejut apabila bangun tidur dapat beribu mesej daripada kawan-kawan yang mengucapkan tahniah. Pada mulanya saya pelik juga sebab nak kata menang anugerah, tak ada.

"Rupa-rupanya ada gosip mengenai saya dah bertemu bakal mertua. Memang saya terus tergelak apabila baca. 

"Tapi terus-terang saya katakan semua yang dikatakan itu tidak benar," ujar Eizlan kepada mStar Online.

Eizlan mahu seorang isteri yang memahami diri dan kerjayanya. 

Tambah Eizlan lagi, jika benar dia sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang sudah pasti dia akan berkongsi berita gembira itu pada media dan umum.

Namun, dia mengakui sedang dalam proses berkawan dengan ramai wanita.

"Insya-Allah saya tak akan sorok jika sudah bertemu dengan seseorang. Selama saya berada dalam industri seni, media banyak membantu dan memberi sokongan kepada kerjaya saya.

"Tak mungkin saya mahu ketepikan media. Sudah pasti akan berkongsi berita gembira ini pada semua. Buat masa ini, jujurnya saya masih dalam proses berkawan dengan ramai orang.

"Saya pun dah lama tak keluar bersosial. Mungkin ada yang salah faham melihat kemesraaan saya dengan kawan-kawan wanita," ujarnya. 

Menerusi ruang gosip sebuah portal hiburan pada 30 Julai lalu, Eizlan dikatakan sudah bertemu dengan keluarga si gadis bagi memohon restu untuk ke peringkat seterusnya.

Perkenalan mereka dikatakan bermula pada satu acara bukan hiburan. Kebetulan bapa gadis itu juga mengenali Eizlan atas urusan bisnes.

Mstar Online pada 21 Julai lalu melaporkan Eizlan sudah membuka hati untuk mencari calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup. Malah Eizlan uga terbuka untuk menerima wanita berstatus ibu tunggal.

Tags / Kata Kunci: Datuk Eizlan Yusof

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan