Ummi Nazeera Nikah Awal Dari Tarikh Dijanjikan

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 10:23 PM

Ummi Nazeera dan Dr. Mohd Izzar Anwari nikah pada satu majlis tertutup 23 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ummi Nazeera yang sepatutnya dijadualkan bernikah pada hari ini (Khamis) rupa-rupanya sudah bernikah pada 23 Julai lalu.

Pernikahan selamat disempurnakan bersama pasangannya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Ummi menerusi kenyataan dikeluarkan pada malam Khamis memberitahu dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

"Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang," katanya.

Ummi atau nama Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin, 27, sah bergelar isteri Mohd. Izzar, 30, yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Turut hadir pada akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Datuk Tengku Rahimah Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Datuk Sri Maziah Musa dan Datuk Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, bapa serta ibu Izzar, Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Datin Seri Nurah Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Bercakap mengenai perubahan dirinya selepas bergelar isteri, Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki 11 hari mendirikan rumah tangga.

"Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.

"Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak.

Pasangan ini bakal berbulan madu di Switzerland.

"Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin," jelas Ummi yang bakal meneruskan karier seni seperti biasa selepas ini.

Kedua-dua mempelai merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC pada 12 Ogos ini.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.

Sementara itu, Ummi bakal muncul dengan filem televisyen terbaharunya, Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Ummi Nazeera , Kahwin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan