Penaja Tarik Diri Ramli Sarip Teruskan Konsert

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 10:22 PM

Ramli bersama barisan artis dan pemuzik yang akan menjayakan Konsert Gala Pelarian. Foto EBBY SAIFUL

(Ubah saiz teks)

KEGHAIRAHAN legenda rock Datuk Ramli Sarip yang ingin mengumpul dana bagi membantu pelarian Rohingya menerusi Konsert Pelarian Selamatkan Bumimu yang sepatutnya diadakan pada 26 Ogos ini tercalar apabila penaja utama menarik diri.

Ekoran itu kata Ramli, 66, pihaknya terpaksa membatalkan konsert itu kerana masalah kos namun malam gala yang akan berlangsung pada hari sebelumnya iaitu 25 Ogos akan diteruskan yang kini dikenali sebagai Konsert Gala Pelarian.

Tidak kecewa dengan perkara itu, Ramli sebaliknya memberitahu tetap komited dan teruja untuk meneruskan persembahan kerana objektifnya satu iaitu mengumpul dana sebanyak RM500,000 bagi membantu golongan terbuang itu.

"Sepatutunya konsert ini diadakan selama dua hari namun keputusan penaja menarik diri di saat-saat akhir membuatkan pihak kami mengambil keputusan membatalkan persembahan itu dan meneruskan dengan Konsert Gala Pelarian sahaja.

"Tetapi show must go on dan saya komited untuk teruskan persembahan kerana tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik," katanya.

Ramli Sarip.

Ramli ditemui pada sidang media kedua Konsert Gala Pelarian yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Khamis.

Konsert Gala Pelarian akan diadakan di Dewan Merdeka PWTC pada pukul 8 malam dan selain Ramli ia bakal disertai oleh beberapa nama besar termasuk Ratu Rock negara, Ella, Raihan dan Pekin Ibrahim.

Dalam pada itu, Ramli berkata, dia tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan kerana ingin memberi fokus kepada konsert yang bakal diadakan.

Kata Ramli lagi, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu kerana menganggap ia bukan rezeki pihak penganjur untuk mengadakan konsert tersebut.

"Mereka ada menjelaskan sebab-sebab menarik diri dan meminta maaf. Rasanya tidak perlu ia dipanjang-panjangkan.

"Saya ingin teruskan konsert ini dengan aman dan tiada apa yang hendak saya kecewakan pun kerana sudah bukan rezeki.

"Jika kecewa itu bererti anda tidak boleh diuji dan ini adalah ujian dan 'cermin' untuk kita semua," jelasnya.

Ramli bersama Raihan.

Sementara itu, Ramli berkata, sebanyak 200 kerusi akan ditambah pada malam itu bagi memberi lebih ruang kepada peminat untuk hadir ke konsert itu.

Janji Ramli, semua barisan akan memberikan persembahan yang terbaik walaupun terdapat beberapa perubahan dan bersyukur hampir 50 peratus meja disediakan sudah pun terjual.

"Sebelum ini kami hanya menawarkan 80 buah meja sahaja dan kami menambah 200 lagi kerusi dan 10 meja tambahan bagi menampung kapasiti pada malam itu nanti.

"Alhamdulillah disebalik beberapa halangan dan cabaran jualan meja amat memberangsangkan dan kami akan berikan yang terbaik," katanya.

Sebanyak lima kategori meja dari harga RM15,000 (semeja) hingga RM2,000 (semeja) dijual dan untuk membuat tempahan boleh menghubungi hotline 03-2170 6333.

Tags / Kata Kunci: Ramli Sarip , Konsert Gala Pelarian

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan