Gavin Cerai Serina Talak Satu

Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 11:52 AM

Hubungan Serina bersama bekas suami akan terus baik selepas bercerai demi anak-anak. FOTO: Instagram Serina.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina Redzuawan, 34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa. 

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini. 

Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak. 

Pada prosiding sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz (kembali taat) terhadap Serina yang difailkan sebelum ini. 

Serina selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.

Serina (kanan) ketika hadir ke mahkamah. 

Serina diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong. 

Gavin ketika ditemui sejurus prosiding menyifatkan keputusan bercerai adalah jalan terbaik dan fokus mereka kini untuk membesarkan dua dua cahaya mereka iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5 tahun. 

"Tiada siap yang mahukan perceraian namun ia sudah terjadi dan fokus kami adalah untuk membesarkan kedua-dua anak kami," katanya. 

Manakala Serina pula memberitahu berasa lega namun sedih dengan perceraian itu dan seperti bekas suaminya dia ingin memberi fokus kepada anak-anak mereka. 

"Kami tidak bergaduh dan paling penting kes perceraian kami selesai dengan baik. 

"Bagaimanapun paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik," ujarnya. 

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebekum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama. 

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010.

Tags / Kata Kunci: Serina Redzuawan , Gavin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan