"Mana Duit Aku... Pulangkan!" - Erwin Dawson

Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 5:00 AM

Erwin tetap mahu individu tersebut membayar hutangnya sebanyak RM2,000.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Erwin Dawson memberitahu bahawa sehingga kini dia masih belum menerima wang sebanyak RM2,000 yang dipinjamkan kepada seorang pelakon baharu pada awal bulan Mei lalu.

Erwin Dawson atau nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 28, berkata selepas laporan polis dibuat pada 25 Julai lalu lelaki tersebut masih tidak mahu melangsaikan hutangnya dan hanya berdiam diri sahaja.

"Sampai ke hari ini saya masih belum menerima sebarang duit daripada dia. Sudah hampir dua bulan ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada membayar hutang.

"Dia langsung tidak ada rasa serba salah sedangkan dia tahu saya memerlukan duit ketika ini. Saya ada menghubungi dia awal bulan Julai lalu tapi dia beri alasan cek bayaran gajinya belum diproses oleh pihak bank.

"Selepas itu, terus dia mendiamkan diri sehinggalah sekarang," kata Erwin kepada mStar Online pada Isnin.

Laporan polis yang dibuat oleh Erwin pada 25 Julai lalu. 

Bagaimanapun, pelakon yang berasal dari Singapura ini, dia tidak mahu meletakkan masa untuk individu tersebut membayar semula wang yang dipinjam. 

"Sudah tentu saya mahu dia bayar balik duit yang dipinjam. Tapi saya tak nak beri masa bila dia perlu langsaikan hutang dia pada saya. 

"Kalau dia bayar dekat saya seorang, kesian pula yang dah bertahun-tahun tunggu duit mereka.

"Apa yang penting sekarang ini dia perlu selesaikan kesemua hutang-hutangnya dengan segera," ujarnya. 

Sebelum ini Erwin telah membuat satu laporan polis mengenai dirinya telah ditipu oleh rakan sendiri. 

Lelaki yang pernah berlakon dalam drama Gerak Khas itu telah meminjam duit dan berjanji ingin membayar semula pada 15 Mei lalu.

Selain Erwin, ada beberapa orang telah menjadi mangsa penipuan lelaki tersebut yang dilaporkan gemar meminjam duit tanpa memulangkan semula. 

Tags / Kata Kunci: Erwin Dawson

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan