World Sama' Fest Hiburan Tepati Syarak

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 5:30 AM

Datuk Nash diiringi anak-anak kecil menyampaikan lagu Selimut Putih dengan penuh penghayatan.

(Ubah saiz teks)

BAGI mencetus kebangkitan peradaban Islam daripada sudut hiburan yang menepati syarak, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) pada malam Sabtu lalu berjaya menganjurkan 1st World Sama' Fest yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Disifatkan sebagai pertama kali dianjurkan di dunia mengikut garis panduan syarak yang ketat, 1st World Sama' Fest merupakan sebahagian daripada komponen Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017.

Acara ini bertindak mengumpulkan persembahan-persembahan dari beberapa benua sebagai satu tanda perpaduan Ummah selain cinta kepada Allah dan Rasulullah bersesuaian dengan tema, 'Unity In Love'.

Datuk Hattan menyampaikan lagu Mahligai Syahdu dengan penuh emosi.

Persembahan dimulakan dengan alunan bacaan Al Quran yang menampilkan pelajar pintar dari Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka sebelum diserikan lagi dengan persembahan beberapa artis tempatan antaranya Johan As'ari bersama kumpulan Suara Pertama.

Kumpulan Raihan pula hadir dengan persembahan nasyid Ya Rasulullah serta penampilan istimewa Datuk Hattan mengalunkan lagu Mahligai Syahdu dan Datuk Nash dengan lagu Selimut Putih penuh perasaan.

Penonton dari pelbagai negara khusyuk mendengar alunan nasyid dan qasidah dari perserta yang mengambil bahagian.

Manakala peserta dari luar negara iaitu Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur Muhammadi (Morocco), Hassan Khurshid (Pakistan) Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago Mawleed Committe (USA) turut memberi persembahan memukau.

Persembahan hampir tiga jam itu meliputi bacaan Al Quran, selawat, qasidah, nasyid dan naat yang mengandungi nasihat-nasihat agama dan pujian terhadap Allah dan Rasulullah.

Tags / Kata Kunci: World Sama' Fest

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan