Serina Jawab Tuduhan Abaikan Anak

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 11:54 AM

Serina dan Gavin bersama dua anak mereka. Foto Instagram @serinaredzuawan

(Ubah saiz teks)

SEBELUM ini pelakon Serina Redzuawan sentiasa mengambil sikap berdiam diri berhubung pergolakan rumah tangganya dengan suami, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar kerana merasakan ia adalah isu peribadi.

Bagaimanapun apabila ia melibatkan dua anaknya iaitu Tristan Tareef O'luanaigh, 6 dan Isabella Saffiya O'luanaigh, 5, Serina nampaknya tidak mampu berdiam diri.

Mana tidaknya, keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang memerintahkan hak penjagaan dua kanak-kanak itu kepada Gavin yang juga warga Britian itu pada Khamis lalu telah menyebabkan Serina dituduh tergamak melepaskan mereka yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ibu.

Hak penjagaan kekal yang dibuat secara bersama telah disalah erti sehingga memaksanya untuk memberikan penjelasan di Instagram miliknya.

Jelasnya dia tidak pernah lepas tangan dengan meninggalkan anak-anaknya malah menyifatkan ia fitnah yang cukup besar disebarkan tentang dirinya.

Asalamualaikum, Ramai sungguh insan yg suka menabur fitnah dan mencari salah org lain, Biarlah i jelas kan supaya tak wujud Fitnah terhadap diri I tentang hak penjagaan anak, terlebih dahulu nak maklumkan Serina & Gavin tidak bergaduh dan berebut anak kami sepakat sama sama utk menjaga anak kami,memandangkan Dia kerja pejabat office hour, Siang i sepenuh masa free lepas anak habis sekolah Serina lah yg jemput dan spend time urus hal kerja sekolah,mengaji anak,makan anak di rumah asal kami, cuma pihak gavin minta malam anak bermalam di rumah asal kami sbb dulu kami dah renovate bilik anak anak supaya mereka selesa, sbb itu lah kami bersetuju perjanjian itu. Apa bezanya? Siang sepenuh waktu i dah bersama anak malam ngan Daddy dia .Salah ke? Bukan nya Serina lepas tangan tinggalkan anak anak,MasyaAllah fitnah cukup besar kali ini disebarkan ,jawablah di akhirat . I Masih Rasional dan tau tanggungjwb menjaga anak anak i. Urusan Ustazah ajar mengaji pun semua i uruskan.Jgn suka lempar batu dan sembunyi tangan.Apa pun,I maafkan sesiapa yg fitnah i,moga di ampunkan dosa kalian.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

"Jawablah di akhirat. Saya masih rasional dan tahu tanggungjawab menjaga anak-anak.

"Jangan suka lempar batu dan sembunyi tangan, apa-apa pun saya maafkan sesiapa yang menfitnah saya semoga di ampunkan dosa kalian," tulisnya.

Menjelaskan situasi sebenar, Serina memberitahu hubungannya dengan Gavin baik dan sama-sama sepakat untuk menjaga dua anak mereka memandangkan suaminya itu bekerja waktu pejabat.

Kata Serina, dia mengambil tugas menjaga mereka pada waktu siang memandangkan jadualnya lapang dan anak-anak akan bermalam bersama bapa mereka.

"Siang saya sepenuh masa lapang lepas anak habis sekolah sayalah yang jemput dan menguruskan hal kerja sekolah, mengaji, makan anak di rumah asal kami.

"Cuma Gavin minta anak-anak bermalam di rumah asal kami sebab dahulu kami dah ubah suai bilik mereka supaya selesa dan sebab itulah kami bersetuju dengan perjanjian itu.

"Apa bezanya? Siang sepenuh waktu saya dah bersama anak malam bersama Daddy mereka. Salah ke?," katanya lagi.

Serina dan Gavin bernikah pada 1 Januari 2010 dan kini sedang dalam proses perceraian.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan