Mahu 11 Anak! Itu Impian Suami Siti Saleha

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 7:20 AM

Pasangan ini mengimpikan sebuah keluarga besar. Foto ZAHID IZZANI

(Ubah saiz teks)

TERKEJUT mendengar jawapan suami kepada pelakon Siti Saleha iaitu Ahmad Lutfi Azhar apabila ditanya soal cahaya mata.

Mana tidaknya, Lutfi memberitahu dia mengimpikan mempunyai sebuah keluarga besar dan berhasrat untuk mempunyai 11 orang anak.

Haih... ramainya? Seorang setiap tahunlah jawabnya.

Bagaimanapun kata Lutfi, mereka meletakkan soal anak kepada rezeki dan tidak menolak sekiranya dikurniakan berpa ramai pun cahaya mata.

"Saya mahu sebelas orang anak! Satu setiap tahun tetapi sebenarnya soal cahaya mata kami serahkan sepenuhnya kepada rezeki.

Pasangan ini bakal berbulan madu di Pulau Mauritius.

"Jika Allah ingin berikan kami anak awal, Alhamdulillah tetapi kami tidak merancang mengenai itu," katanya.

Pada petang Jumaat, Saleha, 27 dan Lutfi, 31, selamat disatukan sebagai suami-isteri dalam majlis pernikahan yang diadakan di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Mereka menjadi suami-isteri dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Saleha iaitu Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor.

Saleha menerima mas kahwin berjumlah RM500 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Aktres Siti Saleha Akhirnya Jadi Milik Ahmad Lutfi

Dalam pada itu, Ahmad Lutfi memberitahu walaupun telah berkahwin dia tidak akan menyekat karier Saleha sebagai pelakon dan akan sentiasa menyokong meningkatkan kariernya ke tahap lebih tinggi.

Lutfi akan menyokong karier seni Saleha.

Katanya, dia tidak mempunyai sebab untuk menghalang atau meletakkan sebarang syarat  kerana itu adalah kerjayanya sebelum dia mengenali Saleha lagi.

"Dahulu masa mula-mula memang saya sukar sikit menyesuaikan diri malah saya cepat berasa jengkel apabila dia sering dikerumi peminat untuk bergambar.

"Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan mula memahami kerjayanya dan ramai peminat menyayanginya.

"Sehinggakan sekarang saya pula jadi jurugambar untuk mengambil gambar peminat bersama Saleha... hahaha," ceritanya.

Bercakap mengenai suaminya pula, Saleha berkata, sikap kelakar Lutfi menambat hatinya dan bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan menyintainya dengan ikhlas.

Lutfi mengucup dahi isterinya.

"Selain sikap humornya yang sentiasa membuatkan saya ketawa, saya dapat merasai cintanya yang ikhlas terhadap saya dan itu membuatkan saya selesa dengannya.

"Alhamdulillah majlis nikah kami pun sudah selesai dan perasaan bercampur baur sebenarnya tetapi paling penting saya gembira," katanya.

Menyentuh perancangan berbulan madu, Saleha berkata mereka memilih untuk bercuti ke Pulau Mauritius namun ia terpaksa ditangguhkan kerana jadual mereka padat.

"Insya-Allah kami akan berbulan madu pada penghujung tahun ini apabila jadual kami kosong kerana sekarang memang sibuk dengan pelbagai perkara.

"Malah suami pun masih bekerja sebelum majlis pernikahan kami dan saya pun tak kisah bila hendak berbulan madu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Saleha , Ahmad Lutfi Azhar

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan