Mas Zharif Hiba Bekerja Di Tempat Arwah Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 4:50 AM

Mas Zharif Zhafri

(Ubah saiz teks)

HASRAT bekas pengacara TV3 iaitu Allahyarham Aziz Desa untuk melihat anak sulungnya iaitu Mas Zharif Zhafri menceburi bidang penyiaran tercapai apabila anak lelakinya itu dipilih sebagai pembaca berita TV9.

Mas Zhafri, 22, berkata, dia bersyukur apabila diberi peluang untuk menyambung legasi bapa yang menjadi inspirasinya selama ini.

"Saya memang rapat dengan ayah dan sering menemaninya pergi bekerja, malah menjadi pemandunya ketika arwah sakit.

"Sepanjang itu juga saya berminat untuk jadi seperti dia dan menceburi bidang penyiaran," ujarnya kepada mStar Online.

Mas Zharif ditemui pada sidang media memperkenalkan pembaca berita TV9 yang diadakan di Sri Pentas pada Khamis.

Selain Mas Zharif, turut diumumkan sebnagai penyampai berita stesen itu ialah wanita yang dikaiatakn 'kembar' Neelofa iaitu Hawa Rizwana.

Mereka akan memulakan tugas berkenaan pada 1 September depan.

Dalam pada itu, Mas Zharif berkata, dia menggalas tanggungjawab yang berat apabila membawa nama Allahyarham.

Allahyarham Aziz Desa

"Saya perlu membuat yang terbaik bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk menjaga nama baik Allahyarham sebagai orang yang pernah dihormati.

"Arwah ayah juga pernah menasihatkan saya agar berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu dan jangan malas membaca. Dia juga sering mengingatkan saya agar membaca surah Iqra sebelum memulakan kerja," ujarnya.

Selain itu, tambah Mas Zharif, dia juga terpaksa mencekalkan hati dan membuang perasaan hiba setiap kali melangkah ke Sri Pentas yang mengingatkannya kepada Allahyarham.

Katanya, ia adalah tempat kerja bapanya yang mencari rezeki bagi menyara keluarga mereka.

"Sedih kerana setiap kali saya melangkah ke sini pasti saya akan teringatkan ayah," ujarnya.

Dalam pada itu, Eksekutif Editor Berita TV9 Wan Sabariah Sheikh Ali berkata, pengambilan Mas Zharif adalah menunaikan janji yang dibuat dengan Allahyarham sebelum beliau meninggal dunia.

Katanya, Allahyarham Aziz Desa yang merupakan rakan baiknya itu sering meminta dia memantau perkembangan anaknya itu agar membentuk seorang yang berguna kepada masyarakat.

"Saya pernah berjanji dengan Allahyarham ketika Mas Zharif masih belajar di Aswara. Dia mahu saya mengambil anak sulungnya itu bekerja di sini.

"Allahyarham berharap sangat anaknya bekerja di sini dan menyambung legasinya sebagai seorang personaliti televisyen," ujarnya.

Allahyarham Aziz Desa menghembuskan nafas terakhir pada 27 Disember 2015 akibat masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri Raden Norazlina Raden dan enam cahaya mata.

Tags / Kata Kunci: Mas Zharif , Aziz Desa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan