Vida 'Seru' Tok Ti Nyanyi I Am Me

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nampaknya single I Am Me nyanyian usahawan selebriti Datuk Seri Hamiza Othman terus mencetuskan fenomena luar biasa di dalam mahupun luar negara.

Manakan tidak, video parodi demi parodi dihasilkan dalam kalangan artis tempatan dan netizen sejak video lagu tersebut dilancarkan dua minggu lalu.

Ketika ditemui mStar Online di Istana DSV (Datuk Seri Vida) di Meru Heights, Ipoh pada Rabu, Hamiza atau lebih dikenali sebagai Vida mencabar penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk menyanyikan lagu beliau itu.

"Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

"Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula," katanya.

Mengulas mengenai sambutan luar biasa terhadap lagu itu, beliau mengakui tidak menduga pertaruhannya untuk bergelar penyanyi membuahkan hasil.

"Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.

"Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi," katanya.


Selepas kejayaan single tersebut, Vida kini memasang impian untuk bergelar komposer.

"Ini bukan bermaksud saya akan tinggalkan bidang perniagaan. Tapi semuanya dilakukan demi mencari idea baru dalam mengetengahkan produk saya di peringkat global," katanya.

Menurut usahawan dari Machang, Kelantan itu, minat untuk menjadi komposer hadir selepas melihat fenomena luar biasa lagu I Am Me yang kini mencapai 2.6 juta tontonan.

Jelas Vida, beliau bukan sahaja mahu menghasilkan lirik lagu untuk diri sendiri tapi untuk artis terkemuka tanah air.

"Saya tahu lagu mana yang saya nak, saya kumpul-kumpul kemudian saya suruh orang lain compose. Saya bukan pandai main (alat muzik) apa pun tapi saya tahu apa yang saya nak," katanya.

Ditanya mengenai artis pertama yang bakal menyanyikan lagu sulung ciptaannya nanti, Vida menamakan artis dan penyanyi Janna Nick sebagai pilihan utamanya.

"Kalau kita tengok sekarang susah nak cari artis yang ada persamaan macam saya, seorang yang 'gila-gila' dan happy go lucky.

"Kalau boleh saya nak cari pelakon tapi boleh jadi penyanyi. Saya nak Janna Nick sebab dia ada perangai 'gila-gila," katanya.   

Tags / Kata Kunci: DSV , Vida , Siti Nurhaliza

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan