Graduan Oxford, Pelakon Antara Peserta 'Clever Girl'

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 4:30 AM

Hani (kiri) dan Kiera bakal berentap bersama 12 peserta lain dalam program Clever Girl musim kedua.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan bekas graduan Universiti Oxford, United Kingdom antara 14 peserta yang layak menyertai program Clever Girl Malaysia musim  kedua yang akan bermula pada 4 Ogos depan.

Hani Nazrina Hanizar, 21, yang dikenali menerusi drama Shhh... I Love You berkata, dia menyertai pertandingan itu bagi membuktikan dia bukan sekadar pelakon 'kosong' sebaliknya mempunyai pengetahuan am yang luas dan berilmu.

Kata graduan ijazah sarjana muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini lagi, penyertaannya itu juga diharap dapat memberi inspirasi kepada wanita muda yang lain.

"Bagi saya lakonan dan Clever Girl adalah dua perkara berbeza dan atas sebab itu juga saya berminat untuk menyertainya.

Hani mahu jadi pelakon yang berilmu.

"Lakonan itu bakat tetapi program ini menguji kepintaran dan ilmu yang ada pada individu jadi saya ingin buktikan saya bukan sahaja boleh berlakon tetapi ada pengetahuan," katanya.

Terlibat dalam beberapa projek drama seperti Memori Pajeri Nenas, Megat Extand dan Detak Cinta Steteskop, Hani yang mewakili negeri Perlis juga yakin dapat memberi persaingan sengit terhadap peserta lain bagi merebut gelaran juara.

"Saya memang sudah bersedia dan banyak persiapan dilakukan malah ada tawaran saya tolak bagi memberi fokus kepada Clever Girl.

"Namun saya tidak menafikan penyertaan ini dapat memberi impak kepada karier lakonan saya nanti," ujarnya.

Dari kiri Camy, Fadila, Ain, Mas, Shaza, Emyllia, Iylia.

Hani ditemui pada majlis memperkenalkan 14 peserta Clever Girl Malaysia yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, Rabu.

Sementara itu pelajar universiti Oxford, Noor Syakirah Mohd Azam, 27, sedar latar belakang pendidikannya dari sebuah universiti terkenal dunia memberi tekanan kepadanya memandangkan akan ramai meletakkan harapan tinggi kepadanya.

Kata Syakirah atau Kiera, dia berharap penonton tidak terlalu memberi perhatian kepada latar belakang pendidikannya kerana soalan diutarakan dalam Clever Girl Malaysia tidak dapat dijangka.

"Saya belajar Sains Kejuruteraan ketika di universiti dan soalan dalam program itu nanti bukannya hanya semata-mata berkaitan dengan perkara yang saya belajar.

Kiera graduan daripada Universiti Oxford, United Kingdom.

"Tetapi saya sedar latar pendidikan saya memberi tekanan juga kerana akan ramai meletakkan harapan tinggi untuk saya menang," katanya.

Bagaimanapun peserta mewakili Pulau Pinang ini, sekiranya dia tersingkir lebih awal dia berharap dapat memberi inspirasi kepada anak muda agar melakukan terbaik dalam sesuatu perkara dilakukan.

Selain Hani dan Kiera, 12 lagi peserta yang terpilih untuk musim kedua ini adalah Sara Amelia Muhammad Bernard, 24, Aliasuraiya Mohd Isa, 25, Vishebannu Krishnan, 22, Nur Ilya Badaruddin, 27, Mas Syahmi Izzah Izhar, 24 dan Fadila Zukaira Mohd Nor, 24.

Manakala enam lagi peserta adalah Nurul Shazalina Zainudin, 30, Nurul Ain Aziz, 27, Nur Emyllia Halmi, 28, Syafiqah Ishak, 30, Shazana Kamarzaman, 24 dan Camellia Onn, 28.

Dari kiri; Hani, Sara, Ika, Visha, Shazana, Alia dan Kiera.

Clever Girl Malaysia akan bersiaran secara langsung bermula 4 Ogos ini dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Penyanyi dan pelakon Alif Satar pula bakal bertindak sebagai hos program itu.

Bakal juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Tags / Kata Kunci: Clever Girl Malaysia , TV3

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan