Aiman Tino Teruja, Ibu Bakal Lahir Anak Ke 11

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 12:21 PM

Aiman Tino terjua ibunya hamil lagi. FOTO: LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

SELAIN berbangga dengan pencapaian sebagai penyanyi ketika ini, satu perkara yang bakal memberikan keseronokan kepada Aiman Tino apabila ibunya hamil lagi. 

Aiman berkata, ibunya, Hazelina Mat Jalil, 41, kini hamil tiga bulan selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan dijangka melahirkan anak yang ke 11 pada awal tahun depan. 

“Rasa seronok betul bila ibu bagi tahu saya akan dapat adik lagi walaupun saya orang terakhir dimaklumkan. 

“Lepas ni, kami akan ada 11 beradik dan pastinya suasana akan bertambah meriah,” katanya kepada mStar Online. 

Aiman ditemui pada sidang media pelancaran portal membeli-belah Fiesta Getthis.com.my dii Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Aiman Tino (belakang, tengah) bersama ibu, bapa dan adik-beradiknya. FOTO: Ihsan Aiman Tino.

Menurut Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 19, dia berhajat untuk belajar menjaga bayi dengan memberinya makan dan minum apabila lahir kelak. 

Selain Aiman, pasangan Hazelina dan suaminya iaitu Yusry Iskhak, 48, mempunyai sembilan lagi anak iaitu Nur Fara Ain, 23, Mohd. Aidil, 22, Nurfarazira, 21, Nur Isfasha, 15, Mohd. Haikal, 11, Nur Alya Mahsuri, 8, Nur Qaseh Mahsuri, 6, Mohd. Ikhwan, 3 dan Nur Nina Izara, 2. 

Sementara itu dalam perkembangan lain,  Aiman Tino berkata, dia memberi kelebihan kepada ahli-keluargnya yang ingin mencipta nama dalam dunia seni untuk menggunakan nama dia bagi meraih populariti. 

"Saya tak ada masalah pun kalau orang nak gunakan nama saya bila-bila masa. Tapi kalau darah daging atau saudara sendiri itu baru boleh.  

"Seperti kakak saya, Fara Hazel yang baru nak melangkah dalam industri ini. Janji jangan buat perkara yang tak baik sehingga menjatuhkan nama saya," katanya.

 

Tags / Kata Kunci: Aiman Tino

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan