“Tua Tu Tidak... Tapi Matang” - Wani Kayrie

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 5:00 AM

Wani akui sebagai anak sulung membuatkan dirinya cepat matang biarpun baru berusia 17 tahun.

(Ubah saiz teks)

BARU berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun penyanyi remaja Wani Kayrie dilihat begitu matang daripada usia sebenarnya.

Malah Wani ketika diajukan pandangan segelintir peminat yang menyifatkannya seperti 'tua sebelum usia', dia terbuka berkongsi bicara.

"Tua tu tak lah (ketawa) tetapi sebenarnya saya seorang yang agak matang dari usia sebenar dan perkara ini mungkin disebabkan faktor saya anak sulung dalam keluarga.

"Sebenarnya memang yang ramai terkejut apabila mengetahui usia saya berbanding karekter diri yang agak matang ketika menghiburkan peminat di pentas dan saya melihat perkara ini satu kelebihan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Wani yang memulakan kerjaya nyanyian menerusi program realiti Kamilah Bintang (2010) berkata, buat waktu sekarang selain mempromosikan single terbarunya berjudul Aku Suka Kamu ciptaan Audy Mok, dia kini serius memberi tumpuan pada pelajaran.

Wani kini sibuk membuat persediaan untuk peperiksaan percubaan SPM tidak lama lagi.

Wani menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sri Aman dan pernah mendapat keputusan 6 A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebelum ini.

"Sekarang saya memberi fokus untuk peperiksaan percubaan di mana kalau dulu saya mendapat kelonggaran dari pihak sekolah boleh masuk lambat dan keluar awal, tetapi sekarang tidak lagi.

"Malah kata-kata semangat daripada guru yang mengingatkan saya sebagai orang dikenali harus menjadi contoh buat remaja lain membuatkan saya lebih bersemangat untuk berikan yang terbaik dalam pelajaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wani yang videonya pernah tular ketika mengadakan persembahan di UiTM Jengka, Pahang mengakui perkara tersebut membuatkan orang mula mengenali siapa dirinya.

Video yang memaparkan aksi lucu beberapa pelajar menari di mana salah seorang daripadanya dikatakan melatah mengikut rentak lagu Pencuri Hati yang dinyanyikan oleh Wani begitu menghiburkan.

"Sebenarnya pelajar itu bukan melatah tetapi sengaja beraksi begitu (ketawa). Tapi mereka sangat sporting! Kini video tersebut kini ditonton lebih 42,000 pelayar YouTube dan secara tidak langsung memperkenalkan lagi nama saya kepada peminat," akhirnya.

Tags / Kata Kunci: Wani Kayrie

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan