Cun Juga Kakak Aiman Tino, Dah Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 5:30 AM

Fara yakin mampu berada dalam industri muzik dengan usaha sendiri.

(Ubah saiz teks)

KAKAK kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Fara Hazel mengakui ada menggunakan populariti adiknya untuk berada dalam industri muzik tanah air.

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 21, tidak ada salah jika dia menerima sedikit tempias daripada Aiman memandangkan mereka berdua adik-beradik yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

"Saya tak anggap menggunakan populariti Aiman tu perkara yang salah.  Bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian.

Fara Hazel.

"Aiman pun tak kisah kalau saya gunakan dia. Cuma, harap-harap saya mampu nak membina nama sendiri tanpa gunakan sesiapa," kata Fara kepada mStar Online.

Fara ditemui ketika sesi rakaman muzik video lagu pertamanya Setiaku Pasti di Kapung Limau Manis, Kajang pada Selasa.

Tambah Fara, dia dan Aiman juga bersaing dalam industri muzik biarpun mereka mempunyai pertalian darah.

"Walaupun kami sangat rapat tapi bila dalam industri  kena juga bersaing satu sama lain. Berlawan demi mencipta nama bersama-sama.

Fara bersama adiknya Aiman. FOTO: Instagram Fara Hazel.

"Bukanlah dengan ada perasaan cemburu atau dengki. Kami berdua saling membantu untuk menaikkan nama dalam industri muzik," ujarnya.

Selain sibuk mempromosikan lagu terbaru, Fara kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat insuran.

Fara merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Tags / Kata Kunci: Fara Hazel

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan