“Sakit Penghapus Dosa” – Dayana Rozza

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 4:22 PM

Dayana menjalani pembedahan membuang apendik di sebuah hospital di Johor Bahru pada Isnin lalu. Foto Instagram @dayanarozaa

(Ubah saiz teks)

TERKEJUT juga apabila melihat pelakon Dayana Rozza memuat naik foto di Instagram dalam keadaan terlantar di katil hospital.

Ingatkan ia salah satu babak dalam drama lakonannya tetapi memang Dayana sakit dan dimasukkan ke sebuah hospital di Johor Bahru.

Menerusi perkongsian mengenai keadaan kesihatannya, Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin ini berkata, dia menjalani pembedahan membuang apendik dan ia pengalaman pertama dia masuk ke bilik pembedahan.

"Assalamualaikum, Alhamdulillah semalam D (Dayana) selamat buang apendik.

"Ini adalah apendik jahat yang menyakitkan itu... terima kasih semua yang tak putus mendoakan," tulisnya.

Dayana memberitahu dia menjalani pembedahan itu pada Isnin lalu dan kini keadaannya beransur pulih.

Malah aktres itu menyifatkan penyakit dialaminya itu sebagai penghapus dosa kecil dan dugaan untuknya.

"Alhamdulillah, orang kata sakit penghapus dosa kecil.

Dayana kini beransur pulih.

"Ini dugaan untuk D jatuh sakit ketika tengah bekerja dan harapnya saya cepat sembuh dan dapat kembali masuk set penggambaran #seputihcintarangbulan. Amin," katanya.

Dayana yang juga bekas peserta program Anak Wayang itu turut berkongsi beberapa gambar apendiknya yang telah dibuang oleh doktor kepada pengikutnya.

Instagram pelakon berusia 26 tahun itu turut dibanjiri dengan ucapan dan doa agar dia kembali sihat.

Tags / Kata Kunci: Dayana Rozza

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan