A. Aida Akan Buat Orang Bertambah Geram

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 4:30 AM

A.Aida tidak lokek berkongsi resipi kejayaan karya-karya terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd.

(Ubah saiz teks)

PRODUSER yang mencetus fenomena menerusi drama rantaian Andainya Takdir, iaitu Datuk A.Aida berusaha membuatkan masyarakat akan jadi lebih geram dengan sekuel drama tersebut yang akan diterbitnya nanti.

Kata A.Aida, dia kini sedang memikirkan apakah bentuk konflik yang harus diletakkan dalam plot cerita sehingga mampu mencetuskan kemarahan masyarakat terhadap watak-watak yang dicipta.

"Ya, akan ada Andainya Takdir 2 kerana saya sendiri sudah menjangkakan cerita tersebut akan meletup sebelum ini di mana saya percaya formula menghasilkan karya yang dekat dengan masyarakat selalunya tidak menghampakan.

"Kalau Andainya Takdir sudah mampu buat orang geram, untuk sekuelnya nanti saya akan pastikan orang jadi lebih geram dengan konflik-konflik dicipta berdasarkan kisah-kisah yang pernah berlaku dalam masyarakat kita," katanya kepada mStar Online.

Datuk A.Aida (empat dari kiri) bergambar bersama rakan artis dan tetamu pada majlis rumah terbuka pada Isnin lalu.

Drama Andainya Takdir mencipta rekod apabila menjadi drama pertama meraih 10 juta penonton mengungguli slot drama yang bersiaran pada pukul 10 malam di selain turut mengungguli carta drama media sosial dan digital. 

Ia mengisahkan sikap lelaki panas baran yang sanggup mendera isteri namun si isteri masih lagi mencintai suami kaki cemburu itu.

Dalam pada itu, Aida  atau Zaidah Awang, 46, ketika ditanya apakah resipi sehingga beberapa drama terbitan produksinya sering mendapat perhatian, dia hanya memberi penekanan kepada sesebuah karya yang dekat dengan masyarakat.

"Ya, itu sahaja formulanya sekalipun ada yang menganggap drama sebegitu kekampungan dan agak klise, tetapi itu yang orang kita nak.

"Paling penting peranan penerbit dan pengarah itu sendiri bagaimana dia nak mencorak karya tersebut dengan memasuki unsur-unsur sarat konflik yang boleh membangkitkan emosi penonoton," katanya.

Menceritakan secebis kisah sepanjang melangsungkan penggambaran drama 16 episod tersebut, Aida turut berkongsi beberapa kisah lucu di belakang tabir antaranya dia masih tidak berpuas hati dengan bentuk fizikal pelakon utamanya Shukri Yahaya yang agak berisi ketika itu.

"Jenuh tau nak ambil angle (posisi) agar semuanya nampak sempurna sebab Shukri agar berisi ketika. Saya harap untuk Andainya Takdir 2, dia boleh kurus dan tidak menyukarkan kerja jurukamera," ujarnya berseloroh.

Selain Shukri Yahaya dan Nina Iskandar sebagai peneraju utama drama tersebut, turut membantu ialah Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi dan Adiba Yunus.

Tags / Kata Kunci: A. Aida

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan