Syafiq Farhain Tak Nampak Jadi Penyanyi Ada Jaminan

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 7:15 AM

Syafiq tampil dengan single pertamanya yang berjudul Sayang Maafkan Aku.

(Ubah saiz teks)

NAIK bulu roma mendengar cerita pendatang baharu, Syafiq Farhain berhubung tugasnya sebagai anggota bomba yang sebenarnya bukan sahaja perlu memadam kebakaran.

Mengakui dia sebenarnya bukanlah seorang yang berani namun kerjayanya itu telah melatihnya berhadapan dengan situasi sukar dan ngeri yang tak mungkin dapat dihadapi oleh orang biasa.

Cerita anak kepada vokalis kumpulan Iklim, Saleem ini lagi, melihat keadaan mayat yang menyayat hati sama ada akibat kemalangan atau kebakaran sudah menjadi perkara biasa.

"Semasa di awal penglibatan saya sebagai anggota bomba dahulu memang ada rasa takut kerana perlu berhadapan dengan pelbagai situasi namun kami kena beranikan diri.

Syafiq tidak akan meninggalkan kariernya sebagai anggota bomba.

"Pernah anggota senior berpesan jika nampak mayat dalam keadaan mengerikan pandang kakinya terlebih dahulu dan jangan terus tengok wajah bimbang terkejut.

"Pesan mereka lagi kalau ada bau kurang menyenangkan datang jangan meludah tetapi telah air liur agar ia sebati dalam diri dan dapat mengurangkan bau busuk," katanya.

Tambah Syafiq, 23, bergelar anggota bomba memberi cabaran dan kepuasan kepadanya dan atas dasar itu juga dia tidak berhasrat untuk meninggalkan karier itu buat masa ini.

"Nama saya sekarang sedang meningkat tetapi itu bukan jaminan ia akan kekal lama dan setakat ini saya belum nampak bergelar penyanyi dapat memberi jaminan kepada kehidupan saya.

"Sebab itu saya tidak berhasrat untuk tinggalkan kerjaya sekarang dan akan teruskan berkhidmat," jelasnya.

Syafiq (tiga dari kanan) bersama rakan sekerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tampil dengan single Sayang Maafkan Aku yang sehingga kini sudah pun mendapat tontotan hampir 1.5 juta di YouTube, Syafiq turut bersyukur mendapat sokongan penuh daripada rakan sekerja dan ketuanya di pejabat.

Malah kata Syafiq, sejak dua bulan lalu dia ditukarkan kepada ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya bagi memudahkan dia membahagikan masa.

"Sebelum ini saya sudah tiga tahun berkhidmat di Johor dan memang agak sukar sebenarnya hendak memenuhi undangan nyanyian kerana terikat dengan tugas.

"Bagaimanapun Alhamdulillah, sejak dua bulan lalu tiba-tiba saya dapat surat pertukaran ke Putrajaya walaupun saya tidak pernah membuat permohonan itu.

"Syukur ini juga satu bentuk penghargaan daripada jabatan dan kebetulan saya juga banyak terlibat dalam acara melibatkan bomba dan ia lebih memudahkan," jelasnya.

Penyanyi berusia 23 tahun ini mengakui seorang pemalu.

Bercakap tentang karier seninya, Syafiq berkata, dia tidak menyangka lagu Sayang Maafkan Aku mendapat perhatian luar biasa peminat sekali gus mencecah lebih 1.5 juta tontontan di Youtube dalam tempoh tiga minggu ia dilancarkan.

Kata Syafiq, dia juga sudah menyiapkan single terbaharunya terlebih dahulu selain memberi fokus kepada promosi lagu ciptaan Harry Kalifah dan lirik oleh Moy Khalifah serta Room None itu.

Berikut ialah lima perkara tentang Syafiq yang tidak diketahui oleh peminat;

1. Sejak bila anda tahu ada bakat dalam bidang nyanyian?

Sebenarnya saya minat menyanyi sejak kecil dan karaoke 'jamban' adalah tempat biasa yang selalu saya kunjungi untuk menyanyi.

Tetapi saya mula serius apabila menyanyi pada acara tamat latihan bomba dan dari situ saya ada tubuhkan kombo bersama rakan-rakan dan kami banyak buat persembahan untuk acara dianjurkan jabatan.

2. Perkara yang orang luar tidak tahu tentang anda?

Saya sebenarnya seorang yang pemalu tetapi apabila sudah mengenali saya cepat mesra.

3. Lagu bapa anda yang paling digemari?

Tidak ada yang spesifik kerana saya sukakan semuanya! Paling saya gemari adalah suaranya yang unik.

4. Tabit buruk anda yang sukar diubah?

Disiplin tidur... Hahaha. Kadang-kadang saya memang terlebih tidur dan sekarang tidak cukup rehat pula kerana mempunyai dua tugas berbeza iaitu sebagai anggota bomba dan penyanyi.

5. Boleh anda kongsi pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar anggota bomba?

Pengalaman itu banyak tetapi paling tidak dapat dilupakan apabila perlu menguruskan mayat yang rentung. Ia memberi kesan mendalam kerana saya terfikir jika keadaan itu berlaku kepada ahli keluarga saya sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan