Siapa Naja Bollywood, Nak Ada 'Bodyguard'?

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 12:26 PM

Naja Bollywood mengakui mengupah pengawal peribadi untuk mengiringinya ketika mengadakan persembahan pentas.

(Ubah saiz teks)

"BARU jadi artis dah ada bodyguard?" Ha! Itu kata peminat yang nampaknya tidak berpuas hati apabila pendatang baharu, Naja Bollywood diiringi oleh pengawal peribadi ke sebuah acara baru-baru ini.

Tidak mahu terus membuat kesimpulan melulu, Naja ketika dihubungi mStar Online mengakui dakwaan itu namun dia mempunyai sebab tersendiri mengupah pengawal peribadi untuk mengiringinya.

Jelas pemilik nama sebenar Nazar Daud, 24, ini, pengawal peribadinya itu hanya untuk majlis tertentu terutamanya pada waktu malam dan di luar kawasan bagi tujuan keselamatan.

"Memang itu pengawal peribadi yang saya upah sendiri tetapi dia sebenarnya tidak selalu ada cuma majlis-majlis tertentu sahaja.

"Tujuan saya menggunakan khidmatnya kerana faktor keselamatan selain memudahkan kelancaran perjalanan saya untuk mengadakan persembahan," katanya.

Naja menjelaskan dia mengupah pengawal peribadi kerana faktor keselamatan.

Naja juga menegaskan dia membayar bodyguard bukan kerana sudah berasa dirinya popular malah jauh sekali tidak mahu didekati peminat.

Sebaliknya dia lebih suka jika ada peminat yang ingin berbual dan bergambar dengannya kerana itu adalah kesempatan terbaik untuk menghargai sokongan mereka terhadapnya.

"Tanpa peminat yang menyokong tidak adalah Naja di sini hari ini, jauh sekali saya ingin bersikap sombong dan riak apabila diiringi pengawal dan enggan didekati peminat sebaliknya hanyalah semata-mata demi keselamatan.

"Jika persembahan saya pada waktu siang memang tidak akan ada pengawal mengiringi saya dan saya tidak pernah menyekat sesiapa yang ingin berbual atau pun bergambar dengan saya.

"Malah apabila saya dikawal bodyguard pun saya masih melayan permintaan sesiapa sahaja yang ingin bergambar," jelasnya.

Naja senang apabila didekati peminat.

Dalam perkembangan lain, Naja berkata, dia bersyukur karier seninya mula berkembang dan sejak Aidilfitri lalu dia dihujani dengan tawaran persembahan pentas.

Malah kata Naja, dia juga sedang dalam proses merakamkan semula 10 buah lagu Bollywood popular yang akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.

"Alhamdulillah rezeki semakin murah dan saya ingin mengembangkan lagi karier nyanyian saya dengan lebih meluas selepas ini.

"Bulan Syawal memang banyak undangan persembahan rumah terbuka dan rata-rata ingin saya nyanyikan lagu Bollywood dan ramai menyukainya.

"Ada beberapa projek sedang diusahakan bagi mengukuhkan lagi nama saya dalam industri," katanya.

Naja mula popular apabila dia berkebolehan menyanyikan lagu hindustan dengan suara seorang wanita.

Tags / Kata Kunci: Naja Bollywood

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan