Nabila Razali Sengaja Cipta 'Drama'

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 6:15 AM

Nabila tiada niat untuk menarik perhatian di laman sosial dengan kaspyen seakan sedang mengenali seseorang.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali mengakui sengaja mencipta 'drama' di laman sosial dengan menulis kapsyen seakan-akan sedang mengenali seseorang.

Menurut Nabila, 25, tujuan dia berbuat demikian bukan kerana inginkan perhatian tetapi untuk memudahkan peminat memahami cerita di sebalik lagu terbarunya iaitu Pematah Hati.

"Sebenarnya saya cuba cipta drama di media sosial untuk bagi orang memahami apabila dengar lagu terbaru, Pematah Hati. 

"Apabila mereka baca kapsyen yang saya kongsikan di Instagram, barulah senang untuk mereka tahu cerita di sebalik lagu tersebut," kata Nabila kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Nabila juga memberitahu bahawa ada beberapa kapsyen yang dikongsikan ada kaitan dengan kisah cintanya yang sudah berakhir beberapa bulan lalu.

Nabila mahu fokus pada karier seni. 

"Kebetulan pula saya memang tengah patah hati selepas putus cinta dengan seseorang. Hubungan saya dan dia hanya bertahan selama enam bulan sahaja dan berpisah pada beberapa bulan lalu.

"Memang tidak dinafikan masih lagi terasa sedih tapi tak bermaksud kena meratapi setiap masa. Tapi saya dan dia putus dengan cara baik kerana kami sudah tidak lagi sefahaman," ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu hatinya tidak ada istilah tertutup atau terbuka untuk mana-mana lelaki dekatinya.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Cemburu ini, dia tidak terburu-buru untuk mencari cinta memandangkan dia masih muda.

"Nak cakap serik bercinta tu, rasanya tidaklah tapi buat masa sekarang saya lebih fokus pada karier seni.

"Saya tidak menutup atau membuka pintu untuk sesiapa. Jika jodoh datang, saya tidak menolak. Cuma, saya tidaklah mahu terburu untuk bercinta," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nabila Razali

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan