Ezlynn Terpaksa Kembali Ke Rentak Asal

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 6:00 AM

Ezlynn akui populariti lagu Hye Hye Bye Bye sukar ditandingi dengan lagu-lagu lain yang pernah dirakamkan sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

MENYEDARI tidak mudah untuk meraih populariti seperti mana pernah diraihnya ketika zaman kegemilangan lagu Hye Hye Bye Bye dahulu, penyanyi Ezlynn harus menerima hakikat yang dia perlu kembali kepada karya bergenre tersebut.

Ezlynn, 35, berkata biarpun teringin untuk tampil mencari kelainan menerusi lagu terbaru yang bakal dirakam pada Ogos depan, namun atas nasihat beberapa pihak dia harus akur untuk terus 'bersama' genre lagu berentak rancak.

"Kalau boleh saya ingin tampil dengan sesuatu yang segar dan berbeza dari sisi Ezlynn sebelum ini.

"Namun atas nasihat beberapa pihak termasuk pihak pengurusan Indigital Music di mana mereka percaya saya harus kembali pada lagu berentak seperti Hye Hye Bye Bye dulu, saya rasa ada kebenarannya juga," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi, dia melihat penerimaan lagu-lagu berentak rancak dengan muzik elektro masih relevan untuk diterima pendengar hari ini.

Ezlynn enggan mengulas lanjut tentang status penceraiannya bersama bekas suami, Adam Fahmi.

Justeru, Ezlynn atau Azline Ariffin berharap agar lagu terbarunya ciptaan Tam Spider itu nanti boleh mengembalikan zaman kegemilangannya.

"Kalau ikutkan memang tak sabar nak rakam lagu baru tetapi saya perlu menunggu giliran.

"Dari segi material sebenarnya muzik dah ada, cuma masih mencari lirik dan judul yang sesuai sebelum proses rakaman di buat Ogos depan, insyaAllah," katanya mesra.

Dalam pada itu, Ezlynn ketika ditanya mengenai status penceraiannya bersama bekas suami, Adam Fahmi Shamsuddin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tak boleh komen lebih kerana masih dalam prosedur mahkamah syariah. Kalau nak tahu lebih lanjut kena tunggu 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes," akhirnya ringkas.

Ezlynn dan Adam pernah berkahwin pada 21 November 2011 sebelum penyanyi ini menfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu.

Malah Adam yang juga pengurus peribadi Ezlynn sebelum ini enggan melepaskannya selepas permohonan perceraian itu dibuat tanpa menuntut sebarang hak.

Bagaimanapun pada 11 Julai lalu Adam membuat keputusan untuk setuju bercerai secara baik dengan penyanyi itu.

Tags / Kata Kunci: Ezlynn

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan