Alvin Chong Bengang Status Rasis Peminat

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 1:29 PM

Alvin terkilan apabila masih ada pihak mendekatinya dan cuba membawa perkara berbaur isu perkauman.

(Ubah saiz teks)

PELAKON berbangsa Cina yang mula dikenali dengan watak Johan menerusi drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Alvin Chong meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila ada pihak cuba menimbulkan isu berbaur perkauman terhadapnya di laman sosial.

Alvin berkata, dia berharap agar masyarakat tidak menjadikan isu bangsa sebagai jurang yang membezakan antara kaum di negara ini.

"Saya agak kecewa dengan komen yang ditinggalkan individu tersebut. Justeru saya terpanggil untuk berkongsi kepada umum agar sikap sebegitu tidak dipraktikkan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

"Saya akui banyak menerima kata-kata berunsur perkauman sekalipun dari bangsa saya sendiri. Namun tidak semuanya begitu. Ada yang menyokong dan sangat positif. Pada saya, sebelum membuat sesuatu andaian, dekati mereka dulu.

Paparan skrin yang dimuatnaik Alvin di laman Twitternya pada pagi Isnin.

"Lapan tahun saya terlibat dalam industri seni dan bergaul dengan masyarakat melayu banyak membetulkan persepsi saya selama ini. Jujur saya sangat selesa dan dilayan dengan cukup baik," katanya kepada mStar Online.

Menerusi akaun Twitter milik pelakon berusia 26 tahun ini, Alvin telah memuatnaik satu paparan skrin komen ditinggalkan peminat di laman Instagramnya yang disifatkan tidak harus berlaku sebagai individu yang menetap dalam negara yang sama.

"Agak sedih dan terkilan apabila mengetahui masih ada segelintir individu di dalam negara anda sendiri yang cetek dalam pemikiran. Apa yang salah dengan saya sehingga dihukum sebegini oleh rakyat dalam negara sendiri?" tulisnya.

Gambar bersama pelakon Fattah Amin yang dimuatnaik Alvin di laman Instagramnya pada 16 Julai inilah mengundang komen individu berkenaan.

Menerusi paparan skrin tersebut, individu berkenaan meninggalkan komen bertulis;

"I am no racist but  (saya tak rasis tapi) tak ada orang Cina nak berlakon dalam industri Melayu dan asyik cakap bahasa Melayu, awak muda dan looking good banyak peluang boleh menceburi dalam luar negara, kenapa awak nak menceburi dalam industri kecil yang tak mungkin membawa kejayaan kepada karier awak. 

"Awak mengampu macam mana pun awak tak mungkin akan dapat satu trofi daripada anugerah Melayu. Mereka tak akan recognized (mengiktiraf) awak punya usaha like Oscars the best actor/ actress always be the american actor.

"It was simple to be understand. Now you just waste your time and talented!!" (sepeti  anugerah aktor dan aktres terbaik Oskar yang sentiasa dimenangi pelakon Amerika. Ia contoh mudah untuk difahami. Awak membazirkan masa sedangkan anda berbakat),"  tulis individu terbabit.

Ketika ini Alvin antara aktor yang mendapat tempat dalam pasaran dunia seni Melayu sama seperti pelakon lain antaranya Keith Foo, Hans Isaac, Elizabeth Tan, Mark Adam dan Daler Yusof.

Tags / Kata Kunci: Alvin Chong

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan