Betul Ke Lagu Tok Vida Ciplak Karya Punjabi?

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 1:11 PM

Lagu I Am Me nyanyian Vida mempunyai persamaan dengan sebuah lagu Punjabi.

(Ubah saiz teks)

ENTAHLAH nak kata apa tetapi kalau diamati lagu nyanyian Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang kini menjadi tular, ia kedengaran seakan-akan sama dengan sebuah lagu Punjabi berjudul Bling-Bling Mr Singh.

Persoalannya, adakah perkara itu bersifat kebetulan atau Edry Abdul Halim selaku penggubah lagu I Am Me sememangnya menjadikan lagu Bling Bling Mr Singh ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan single Vida?

Lagu Bling Bling Mr Singh telah dimuatnaik ke laman YouTube pada 10 November 2013 iaitu kira-kira empat tahun lalu oleh pemilik akaun bernama Shobhit Gill.

Tiada ulasan lanjut mengenai latar belakang lagu ini namun hasil carian kami, ia dinyanyikan secara duo oleh penyanyi kanak-kanak bernama Anoop Singh dan RDB di bawah label Three Records Music Entertainment.

Video pendek berdurasi 1.22 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki (dalam lingkungan usia sembilan tahun) berimej moden dan glamor dengan bangganya memperkenalkan diri mereka dari bangsa Punjabi sambil menyanyi dan menari.

Ya lagu ini cukup catchy dan sedap di dengar malah aksi kanak-kanak dalam klip pendek ini menari bhangra yang digabungkan bersama tarian moden hip hop cukup menarik perhatian.

Anda dengar, anda nilaikan sendiri.

I Am Me  nyanyian Vida yang dimuatnaik di YouTube pada 13 Julai lalu mendapat tontonan lebih 1.7 juta.

Penyanyi Bling Bling Mr Singh, Anoop Singh.

Sebelum ini pengacara Datuk Aznil Nawawi pernah menimbulkan persoalan apabila lagu Profesor Klon nyanyiannya ciptaan Edry mempunyai persamaan dengan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Penyanyi Ayai (Ilusi) juga pernah meluahkan rasa kecil hati apabila lagu Ku Kejar Bayangmu miliknya turut sama dengan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel.

Kita nantikan apa jawapan Edry dan Tok Vida sendiri.

Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , I Am Me

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan