“Orang Tunggu Je Saya Buat Salah” - Janna Nick

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 3:30 PM

Janna mengaku telah membuat kesilapan dengan memuat naik status kritikan filem 'Dunkirk'.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Janna Nick memohon maaf selepas dikecam teruk gara-gara dia memuat naik status mengkritik filem terbaru arahan Christopher Nolan iaitu Dunkirk pada Jumaat lalu.

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 22, berkata setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. 

Begitu juga dengan Janna yang hanya memberi ulasan jujur tentang filem tersebut.

Ulasan Janna mendapat kecaman netizen di laman sosial. 

"Orang tunggu je saya buat salah sikit. Tak apa, tak kanlah tak ada salah langsung. Saya minta maaf ye semua.

"Nanti saya tengok cerita itu sampai habis," tulis Janna di laman Twitternya.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Janna di Instagram pasti tahu dia sering membuat ulasan filem-filem yang ditayangkan di panggung wayang.

Namun, ulasan Janna mengenai filem lakonan Harry Styles itu mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat pelakon wanita ini.

“Saya tengok cerita Dunkirk dah nak habis dah. Saya tengok cuba digest sampai saya rasa saya macam kebodohan teruk.

"Lepas tu saya decide untuk tidur saya bangun tidur sambung tengok lagi tapi masih buntu. 

"So saya tak mahu bagi bintang dekat cerita ini. Kalau boleh elakkan tengok,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, netizen juga berkata lebih baik Janna menonton drama Melayu yang lebih sesuai dengan pemikirannya. 

Ramai yang memuji filem ini, apatah lagi ia diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi di Hollywood. 

Bagaimanapun posting tersebut telah dipadam dari Instagram Janna.

Nama Christopher Nolan memang tak asing lagi dalam industri perfileman antarabangsa. 

Filem-filem hebat seperti Inception, Interstellar dan The Dark Knight antara filem arahannya yang berjaya.

Tags / Kata Kunci: Janna Nick

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan