Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 6:30 AM

Keluarga bahagia... Lisa dan Yusry bersama dua anak mereka iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

(Ubah saiz teks)

HATI ibu mana yang tidak sedih apabila melihat sikap cemburu si anak.

Itu situasi yang dihadapi oleh aktres Lisa Surihani sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Yusof Leonne pada 23 April lalu.

Mana tidaknya kata Lisa, anak pertamanya, Yahaira Leanne yang bakal berusia dua tahun September ini menunjukkan perubahan sikap ketara dan sering meragam apabila dia memangku untuk menyusukan Yusof.

"Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.

"Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.

Yahaira bakal memasuki usia dua tahun pada September ini.

"Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.

"Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan," katanya.

Bagaimanapun kata Lisa, dia melihat situasi itu sebagai satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.

Kata Lisa, amat penting bagi ibu-bapa untuk membahagikan masa sama rata agar anak-anak yang masih kecil tidak berasa terabai.

"Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.

"Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka," jelasnya.

Yahaira kini tidak boleh berpisah dengan Yusof.

Lisa memberitahu dia gembira apabila kaedah digunakan mula menampakkan hasil dan Yahaira mula menerima Yusof dengan baik.

"Alhamdulillah walaupun masih kecil tetapi nampaknya dia sudah mula memahami bahawa Yusof adalah adiknya.

"Sekarang Yahaira lebih rileks dan mula menerima Yusof dan tidak mahu lepas pula," ceritanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Lisa dan suaminya, Yusry Abdul Halim bakal kembali menerusi program infotaimen iaitu eBu Babypedia yang memfokuskan kepada hal-hal keibubapaan.

Ia bakal menemui penonton bermula 26 Julai ini, 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan