Tak Semua Orang Kenal Kita - Amy Mastura

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 12:22 PM

Amy tak melihat dia perlu meninggi diri pada artis baharu.

(Ubah saiz teks)

BIARPUN berpengalaman luas dalam bidang seni, namun penyanyi dan pelakon Amy Mastura tetap mahu dilihat seperti pendatang baharu.

Amy atau nama sebenar Amy Mastura Suhaimi, 46, berkata dia tidak perlu bersikap meninggi diri dengan status artis senior kerana ramai diantara artis baharu yang mempunyai pengetahuan lebih daripadanya.

“Saya sentiasa menganggap diri masih lagi baru dalam bidang seni. Walaupun kita berpengalaman lama dalam industri ini tapi pelakon baru lagi banyak pengetahuan daripada kita.

"Kadang-kadang ada antara mereka bertanya pendapat dan ada juga yang saya belajar daripada anak-anak muda ini.

“Saya tidak ada masalah berlakon di samping pelakon baharu sebab ada di antara mereka ini lebih banyak ilmu daripada saya. Sebab itu saya tidak pandang rendah pada mereka," kata Amy kepada mStar Online.

Amy Mastura sememangnya dikenali antara artis yang merendah diri.

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia tidak boleh mengharapkan semua orang mengenali dirinya.

Disebabkan itu, dia sentiasa berfikiran positif jika ada dikalangan mereka tidak bertegur-sapa dengannya.

"Tak bolehlah anggap semua orang kenal kita sebab ada saja yang tidak kenal. Kemungkinan ketika zaman saya, mereka belum ada lagi.

"Jika jumpa di mana-mana majlis, ada yang tidak menegur-sapa, fikir positif yang mereka tak perasan saya turut hadir ketika itu," ujarnya.

Sementara itu, Amy semakin aktif dalam dunia lakonan berbanding nyanyian.

Drama terbaru lakonannya, Mencintaimu Mr. Photographer, sedang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di Astro Ria.

Tags / Kata Kunci: Amy Mastura

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan