“Naiknya Bukan Sedikit” - Tyzo

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 6:00 AM

Tyzo akui dia agak risau selera makannya semakin bertambah kebelakangan ini.

(Ubah saiz teks)

PENYAMPAI Suria FM iaitu Tyzo berkata dia kini berada dalam keadaan tertekan. Eh! Tertekan kenapa pula?

Sebenarnya Tyzo yang juga penyampai slot Suria Petang semakin cemas kerana berat badannya kini naik mendadak.

Malah kata empunya diri, perkara itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya rasa kurang selesa.

"Ya saya harus akui keadaan ini membuatkan saya agak tertekan sebenar. Naiknya bukan sedikit, tetapi hampir 10 kilogram!

"Ia buat saya jadi tak selesa dengan diri sendiri sekarang," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris berkata, dia tidak menolak ia disebabkan selera makannya mula bertambah sejak kebelakangan ini apatah lagi selepas sambutan Aidilfitri.

Kurang bersenam dipercayai antara faktor membuatkan berat badan Tyzo sukar diturunkan

Diusik adakah perkara itu bermaksud dia kini sedang bahagia dengan seseorang? Ini jawapan Tyzo:

"Bahagia dengan seseorang itu tidak tetapi memang saya kuat makan kebelakangan ini.

"Bayangkan dari berat 62 kilogram sekarang sudah jadi 70 kilogram. Agaknya makan lemang dengan rendang banyak sangat kot masa raya," selorohnya.

Tambah pamuda yang sentiasa murah dengan senyuman ini lagi, berat badannya agak sukar diturunkan kerana dia sendiri jarang bersenam.

"Sejak dulu, saya memang jarang bersenam. Namun selepas ini saya harus buat semua itu sebelum ia terlambat," akhirnya ketawa kecil.

Tags / Kata Kunci: Tyzo

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan