Sikap Ramah Eyka Farhana Bawa Padah!

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 1:09 PM

Sikap ramah Eyka Farhana membawa padah apabila ada tersalah anggap dengan personalitinya itu. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PADAH bersikap terlalu peramah, pelakon Eyka Farhana mengakui pernah berhadapan situasi kurang menyenangkan apabila ada lelaki cuba mendekatinya gara-gara kerana menyangka dia menyukai mereka.

Jelas Eyka, sikap ramah itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ia memang personalitinya sejak dahulu lagi dan tidak menyangka ada segelintir pihak salah faham.

"Saya memang seorang peramah sejak dahulu, selain mudah mesra walaupun dengan orang yang baru saya kenal.

"Tetapi nampaknya sikap saya itu telah membuatkan orang salah faham.

"Akibat keramahan saya itu ada pula cuba mendekati dan tidak kurang juga sebenarnya mengatakan saya 'over' tetapi itulah diri saya," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 22, itu lagi, dia kini lebih banyak belajar tentang pembawakan dirinya agar tiada lagi yang salah faham.

Kerjaya Eyka kini lebih terurus dibawah pengurusan Mind Order Management.

"Kalau tidak bertegur sapa nanti orang kata kita sombong pula, ramah pun masalah juga.

"Tetapi inilah proses pembelajaran dalam mematangkan saya sebagai artis dan tidak menimbulkan salah faham sesiapa," ujarnya.

Tetapi disebalik sikap ramah Eyka, pelakon yang semakin dikenali ramai ini sebenarnya takutkan katak kerana tidak sukakan benda-benda yang lembik dan berlendir.

Jom baca lima perkara menarik tentang Eyka.

1. Seorang yang cemerkap dan cepat gelabah walaupun melibatkan perkara kecil.

2. Tiada lesen memandu dan berhasrat untuk mendapatkannya secepat mungkin.

3. Mempunyai empat adik-beradik.

4. Seorang yang peramah walaupun dengan orang yang baru dikenali.

5. Takut katak!

6. Kini bernaung dibawah syarikat Mind Order Management bagi menguruskan karier seninya.

Tags / Kata Kunci: Eyka Farhana

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan