Masa Dah Suntuk, Eizlan Terima Ibu Tunggal - Berita Hiburan | mStar

Masa Dah Suntuk, Eizlan Terima Ibu Tunggal

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 6:30 AM

Eizlan Yusof cari calon isteri.

(Ubah saiz teks)

DUA tahun menduda Datuk Eizlan Yusof berkata, dia kini sudah membuka hati untuk mencari calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

Menurut Eizlan, 46, dia tidak mempunyai masa yang banyak jika mahu membina sebuah keluarga baharu.

"Sekarang saya sudah mula keluar bersosial untuk berjumpa orang baharu. Insya-Allah kalaulah ada jodoh saya mahu kahwin dalam masa setahun dua ini.

"Masa saya sudah singkat jika ingin memulakan keluarga baru, ia mestilah dalam tempoh dua tahun ini sahaja. Jika tidak ada dalam tempoh dua tahun ini terpaksa lupakan sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Eizlan ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 100 episod berjudul Dendam Aurora yang akan diadakan di ibu negara.

Eizlan Yusof.

Bagaimanapun, dalam pada itu, pelakon Lara Aishah ini berkata, dia juga terbuka untuk menerima wanita berstatus ibu tunggal.

"Bagi saya perkahwinan ada dua jenis iaitu dengan wanita muda yang mahukan keluarga baru atau berstatus ibu tunggal.

"Jika ibu tunggal tidak perlu tergesa-gesa kerana perkahwinan itu adalah atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh tentang wanita idamannya, Eizlan berkata, dia lebih memilih dan berhati-hati.

Katanya, banyak yang perlu diambil kira sebelum menerima kehadiran orang baharu.

"Sebenarnya saya masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu tapi saya pujuk hati untuk menerima orang baru.

"Sebab itu pemilihan kali ini lebih berhati-hati dan dalam masa yang sama saya belajar menerima kelemahan seseorang," ujarnya.

Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun, 31, pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. 

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Tags / Kata Kunci: Eizlan Yusof
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan