“Siapa Nak Bayar Semua Tu?” – Izreen Azminda

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 7:02 AM

Berat badan Izreen Azminda turun mendadak akibat terlalu kuat bekerja. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

BUKAN main ramping pinggang aktres Izreen Azminda ketika dilihat semasa menghadiri sidang media pelancaran filem Blok 404 yang diadakan pada Selasa lalu.

Kata Izreen dia kehilangan lima kilogram berat badan hanya dalam tempoh singkat dan ia bukan kerana berdiet atau pun bersenam.

Sebaliknya kata Izreen kehidupan dia yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini antara penyebab berat badannya turun mendadak.

"Memang berat badan saya turun banyak disebabkan terlalu sibuk bekerja ditambah pula faktor tekanan, tidak mendapat rehat yang cukup selain tidak menjaga makan dengan baik.

"Berat badan saya sebelum ini 55 kilogram dan apabila hilang lagi lima kilogram memang saya nampak terlalu kurus.

Izreen kuat bekerja demi anak dan keluarganya.

"Alhamdulillah selepas Aidilfitri barulah saya dapat berehat sebentar tetapi akan kembali sibuk dengan penggambaran selepas ini," katanya.

Kata Izreen lagi, dia tidak mempunyai pilihan lain selain perlu bekerja keras walaupun sampai jatuh sakit kerana mengenangkan komitmennya terhadap anak lelaki tunggalnya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun selain menyara ibu bapa.

"Saya tidak boleh duduk senang lenang kerana komitmen sangat tinggi tambahan pula saya seorang yang bekerja untuk menanggung anak dan keluarga.

"Setiap bulan saya perlu membayar rumah, kereta, keperluan anak dan tanggungjawab kepada ibu bapa dan jika saya tidak rajin bekerja siapa akan bayar semua itu?

"Anak pula semakin membesar jadi saya tidak boleh malas dan perlu fokus bekerja untuk memastikan keperluan mereka dapat saya lunaskan walaupun saya perlu berkorban banyak perkara," katanya.

Buat hati Izreen, Muhammad Adrian Umar.

Atas dasar itu juga, Izreen memberitahu jika dia ingin kembali berkahwin suatu hari nanti biarlah bakal suaminya itu dapat meringankan bebannya selain dapat menerima dia dan anak dengan sikap terbuka.

"Saya bukannya memilih apatah lagi berangan-angan mencari orang kaya sebagai suami tetapi jika saya ingin berkahwin biarlah lelaki itu nanti dapat meringkan beban saya.

"Jika berkahwin nanti saya masih perlu bekerja kuat seperti sekarang dan dia pula menjadi beban saya, jadi apa gunanya saya kembali berumah tangga?

"Apa yang boleh saya katakan setakat ini saya belum bertemu lagi sesiapa yang betul-betul boleh menerima saya seadanya dan paling penting anak saya," katanya.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.

Izreen meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Sementara itu, Izreen berkata, antara punca lain dia masih belum bertemu jodoh disebabkan sering bernasib malang dalam percintaan.

Tapi kata aktres itu, ia bukanlah bererti dia sudah berputus asa tetapi sentiasa bersikap positif terhadap kehidupannya.

"Alhamdulillah kerjaya saya boleh dikatakan baik cuma bab percintaan memang saya malang sejak dari dahulu lagi.

"Tetapi tidaklah sampai saya bersedih dan berputus asa untuk berkahwin lagi kerana saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan