Neelofa Perkenalkan Skaf Terbaharu

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 7:02 AM

Neelofa menggayakan Naelofar Scarf Maya yang sudah dijual.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara dan ahli perniagaan Neelofa melebarkan lagi perniagaan apabila melancarkan koleksi terbaru Naelofar Scarf Maya.

Hadir dengan dua edisi termasuk Naelofar Scarf MAYA bertatahkan Swarovski (edisi terhad) yang menjadikan ia tudung satin pertama diperkenalkan butik Naelofar Hijab.

"Naelofar Scarf Maya menggabungkan elemen moden namun  masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan  seperti koleksi Naelofar Hijab sebelum ini.

"Dihasilkan dengan empat variasi warna iaitu Maya Ivory (putih), Maya Slate (kelabu), Maya Azure (biru) dan Maya Fuschia (merah jambu), koleksi ini dijual dengan harga mampu milik.

"Untuk koleksi Naelofar Scarf Maya dijual pada harga RM75 manakala untuk edisi terhad Naelofar Scarf Maya - Swarovski dijual dengan harga RM95 di mana koleksi eksklusif ini hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit sahaja," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui di majlis Pelancaran Koleksi Satin Naelofar Scarf MAYA bertempat di The Harlequin Room, Royale Chulan, Damansara, pada Selasa.

Pemenang bagi pertandingan Lady Lofa Luxe, Fiona Nazri (dua dari kanan) dengan beg Christian Dior berharga RM22,000 yang dimenanginya. Foto: Instagram @NaelofarHijab

Pada majlis itu turut diraikan pemenang pertandingan bertuah Lady Lofa Luxe yang berakhir pada Mei lalu sekali gus membawa pulang hadiah beg Christian Dior bernilai RM22,000.

Dalam pada itu, kenapa nama Maya dipilih, Neelofa memberitahu, perkataan itu melambangkan kelembutan selain ia agak menarik untuk disebut.

"Istimewanya Naelofar Scarf Maya ini, selain coraknya yang bermotifkan flora tropika dengan gabungan seni kontemporari, di bahagian dalam skaf pula materialnya agak kesat.

"Ini sekali gus tidak akan memberi masalah kepada si pemakai seperti susah dibentuk dan licin," katanya.

Tags / Kata Kunci: Neelofa , Naelofar Hijab

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan