Bidaan Nombor Plat 'Untuk Seniman' Cecah RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 7:06 AM

Plat kenderaan khas US 4 menjadi rebutan. Foto ihsan: Utusan.

(Ubah saiz teks)

LEBIH 15,000 bidaan diterima bagi mendapatkan plat kenderaan khas Untuk Seniman (US) yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak dibuka pada Sabtu lalu.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata pihaknya menerima tempahan plat khas US 1 sehingga US 1000 yang bermula pada harga RM5,000.

"Ramai yang melihat keunikan plat khas ini dengan membuat bidaan awal selepas tender dibuka pada Sabtu lalu. Boleh dianggarkan lebih 15,000 bidaan telah diterima pada Isnin.

Zed Zaidi selaku presiden Seniman. 

"Saya boleh lihat sistem tersebut tidak berhenti sejak mereka mula membida. Mungkin waktu bekerja ini lagi ramai yang aktif untuk bersaing dapatkan nombor kenderaan kesukaan mereka.

"Buat masa sekarang, saya hanya boleh beritahu harga bidaan paling tinggi telah cecah ratusan ribu ringgit," kata Zed Zaidi kepada mStar Online.

Menurut Zed Zaidi, nombor satu digit, berkembar dan tiga digit menjadi rebutan daripada kalangan ahli korporat, kerabat diraja dan selebriti.

"Ramai yang tempah nombor seperti US 4, US 44 dan US 444. Nombor tersebut telah menarik perhatian mereka kerana dilihat seperti ejaan USA.

"Tapi sebelum nak menempah plat tersebut, mereka perlu membaca syarat-syarat terlebih dahulu. Takut nanti ada yang tak jelas tentang bagaimana sistem ini dijalankan.

"Antara syaratnya ialah pembida perlu membayar deposit sebanyak 50 peratus daripada harga yang ingin dibida. Namun, deposit akan dipulangkan semula kepada yang gagal.

"Manakala pemenang perlu membayar selebihnya dalam masa dua minggu selepas pengumuman diadakan," katanya.

Satu majlis khas untuk mengumumkan pemenang akan berlangsung pada bulan September.

Mereka yang ingin membuat bidaan dan tempahan boleh melakukannya menerusi www.platus.my atau mengambil borang bidaan di pejabat Sekretariat Plat US di Centrio Pantai Hillpark, Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Persatuan Seniman , Zed Zaidi

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan