“Kenapa Dengan Saya?” - Mus May

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 1:10 PM

Keadaan Mus kini beransur pulih selepas hampir dua minggu berada dalam keadaan koma. Foto Facebook MUS MAY

(Ubah saiz teks)

KERINDUAN isteri kepada vokalis kumpulan May iaitu Mus akhirnya terubat apabila dapat mendengar suara suaminya itu yang sebelum ini hampir dua minggu berada dalam keadaan koma.

Suraya Bahari memberitahu walaupun butiran percakapan Mus masih belum jelas namun dia sangat bersyukur dapat mendengar suara suaminya itu selepas sekian lama.

Kata Suraya lagi, perkara pertama yang ditanya oleh Mus ketika sedar ialah tentang keadaan dirinya dan dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar kepada Mus.

"Hari kesepuluh Mus di ICU, alat bantuan pernafasan sudah dikeluarkan... dalam keadaan mamai, Mus cuba untuk bercakap.

Suraya bersyukur Mus kembali sedar.

"Perkara pertama dia tanya 'pasai apa dengan dia' (kenapa dengan dia) dan saya jelaskan keadaannya yang tidak sihat dan dia mengangguk kepala.

"Walaupun butiran katanya tidak berapa jelas tetapi saya bersyukur sangat kerana sudah lama tak mendengar suaranya," tulisnya dalam entri di Facebook.

Mus yang diletakkan dalam keadaan koma sejak 3 Julai lalu akibat demam panas mula sedar sepenuhnya pada 12 Julai lalu dan keadaannya beransur pulih.

Hasil pemeriksaan mendapati Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah.

Penyanyi lagu Sendiri itu menjalani rawatan dikenali sebagai plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.

Mus (dua dari kanan) bersama anggota kumpulan May.

Dalam pada itu, Suraya dalam entri berlainan pula memberitahu Mus masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang untuk pemantauan agar dia benar-benar pulih.

Bagaimanapun katanya, Mus menunjukkan perkembangan baik apabila sudah boleh minum dan makan walaupun dalam kuantiti sedikit.

"Mus sudah boleh makan sikit cuma kesan dari ubat yang dimasukkan semasa di ICU membuatkan dia berada dalam keadaan mamai lagi.

"Tetapi Alhamdulillah perkembangannya semakin baik setiap hari," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Mus , May

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan