Kelakar Lagu Tok Vida Disamakan Seperti Ayam

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 7:17 AM

Vida teruja dengan sambutan luar jangkaan terhadap single pertamanya itu.

(Ubah saiz teks)

KALAU sebelum ni penyanyi Jalil Hamid terkenal dengan lagu Ayam, kali ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida turut mendapat tempias yang sama kerana haiwan tersebut.

I Am Me ke ayam mi? Itu antara persoalan netizen yang sudah menonton klip video single pertama Vida yang dilancarkan pada Jumaat lalu. 

Kata Vida, bunyi 'ayam' bagi sebutan I Am adalah sengaja dilakukan supaya ia berbunyi catchy dan sedap didengar.

"Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am, I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam saja bunyi kucing pun ada 'miow'.

"Ada juga yang kata bahasa Inggeris saya berbunyi begitu kerana slang bahasa Kelantan. Tidak kisahlah nak cakap apa," ujarnya kepada mStar Online.

Video lirik berjudul I Am Me kini sudah mendapat lebih 200,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Julai lalu.

Single I Am Me Vida dikatakan sudah mula diperkatakan di negara jiran... kelas gitu!

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu juga menerima lebih 1,000 komen sama ada positif dan negatif.

Bagaimanapun, rata-ratanya menganggap lagu tersebut menarik dan sedap didengar beberapa kali.

Mereka berpendapat lagu berkenaan memberi aura positif dan membantu menghilangkan tekanan.

Tidak kurang juga, komen negatif beranggapan ia sesuai dinyanyikan oleh golongan kanak-kanak.

Sementara itu, Vida berkata, dia berpuas hati dengan perkembangan lagu tersebut yang bukan sahaja sedang diperkatakan seluruh Malaysia, malah sudah sampai ke negara jiran.

"Alhamdulillah, saya suka dan berpuas hati dengan sambutan terhadap lagu itu setakat ini. 

Bukan di Malaysia sahaja, saya lihat negara jiran seperti netizen Indonesia pun banyak komen," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Vida

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan