Anak Baru 4 Bulan, Nadya Syahera Hamil Lagi

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 5:29 AM

Nadya Syahera bersama suami, Fizul Nawi dan anak mereka Aleena Rose yang baru berusia empat bulan.

(Ubah saiz teks)

KALAU dah rezeki… Anak sulung baru sahaja berusia empat bulan, pelakon Nadya Syahera Rosli menjelaskan dia kini hami lagi.

Nadya, 24, berkata, dia mendapat tahu perkara itu apabila membuat ujian kehamilan selepas mengalami alahan baru-baru ini. 

"Sebenarnya sejak raya lagi saya dah rasa tidak sedap badan dan seminggu lalu mula alami alahan muntah yang teruk sehingga langsung tak boleh nak makan. 

"Mengesyaki mungkin berbadan dua, baru-baru ini saya buat ujian kehamilan sendiri di rumah dan keputusannya memang positif," katanya kepada mStar Online. 

Tambahnya lagi, dia dan suami bercadang untuk membuat pemeriksaan doktor dalam waktu terdekat ini untuk mendapat keputusan rasmi berhubung perkara itu. 

Dalam pada itu, pelakon yang mula popular dengan watak Bella menerusi drama Dia Semanis Honey ini  masih terkejut dengan keputusan tersebut kerana dia dan suami sememangnya merancang untuk kehamilan anak kedua.

"Yalah, anak pertama baru berusia empat bulan, tiba-tiba yang ni dah 'lekat' tanpa sempat saya makan pil pencegah kehamilan (ketawa). 

"Tapi tak mengapalah, kami terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai rezeki Allah, " ujarnya.

Nadya dan suami, Fizul Nawi, 25, yang juga seorang model komersil berkahwin pada 25 September 2016.

Bayi sulung mereka diberi nama Aleena Rose.

Tags / Kata Kunci: Nadya Syahera

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan