Kelakar Ke 'Prank' Pegang Tangan? - Daler Tegur Adik

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 12:05 PM

Kelihatan Sherzod menyentuh tangan wanita ketika menaiki sebuah eskalator.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Daler Yusuf meluahkan rasa marah apabila adiknya, Sherzod Yusuf cuba membuat usikan (prank)  dengan memegang tangan wanita bukan mahram tanpa kebenaran.

Menerusi video yang dikongsi di laman Instagramnya, Sherzod dilihat beberapa kali menyentuh tangan wanita ketika menaiki eskalator dengan harapan untuk melihat reaksi mereka terutama sekali bagi wanita yang bersama teman lelaki masing-masing. 

Video yang mendapat lebih dari 6,000 tontonan itu telah menarik perhatian netizen dan juga abangnya yang melarang perbuatan itu dilakukan.

Daler Yusuf (kanan) dan adiknya Sherzod.

"Kali ini kita cuba #handtouchingprank (gurau pegang tangan) dekat gadis Melayu. Lihat video penuh untuk tengok reaksi gadis cantik dan kekasih mereka," tulis Sherzod.

Sebagai seorang abang, Daler telah menegur adiknya secara umum di ruang komen.

"Astaghfurillahalazim. Jangan buat lagi! Bukan mahram," kata Daler.

Namun, Sherzod tidak berpuas hati dengan teguran tersebut dan mempertikaikan lakonan abangnya ketika babak bersentuhan.

Membalas semula kenyataan adiknya, Daler memberitahu dia akan meminta kebenaran jika ada babak yang memerlukan dia bersentuhan dengan aktres wanita.

Daler dan Sherzod saling berbalas komen dan mendapat perhatian netizen. 

"Tapi bila saya berlakon dengan artis wanita, jika ada babak bersentuhan, saya akan minta keizinan terlebih dahulu. Bukan macam awak yang memegang tangan tanpa kebenaran mereka.

"Ini adalah untuk pengetahuan awak, ia adalah gangguan seksual. Mereka akan hak untuk saman!" tegas Daler.

Bagaimanapun, Sherzod berkata dia sudah bertanya kepada wanita yang disentuh itu sebelum berkongsi video di laman sosial untuk tatapan umum.

Dalam komen pada video berkenaan, netizen kebanyakannya menyelar perbuatan Sherzod kerana dianggap kurang sopan selain menyentuh wanita bukan mahram adalah haram dalam Islam.

Malah ada yang perpendapat, jika perbuatan itu dilakukan pada orang yang tidak sepatutnya, berkemungkinan besar Sherzod akan menerima padah atau dipukul.

Pada video 20 Mei lalu, Sherzod turut berkongsi video perbuatan serupa.

Tags / Kata Kunci: Daler Yusuf , Sherzod Yusuf

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan